fbpx
Nombor satu hanyalah angka atau ukuran yang dibuat bagi menentukan kedudukan seseorang. - GAMBAR HIASAN

Jangan kecewa kalau anak tidak dapat No. 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANTARA perkara paling yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa ketika ini adalah untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak. Jika anak dapat kedudukan No. 1 dalam bilik darjah, seluruh keluarga pasti bergembira.

Namun, jika si anak dapat No. 2, mereka dianggap tidak berjaya. Lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang suka membanding anak-anak dengan orang lain.

Sedar atau tidak, sikap negatif seperti ini hanya membuatkan anak menjadi murung. Mereka jadi lebih sensitif dan kemurungan. Natijahnya, anak-anak kecil ini akan jadi manusia pendengki dan pendendam.

Dalam kehidupan ini, kejayaan memang sering dinilai apabila individu itu mencapai puncak teratas. Ia tidak hanya tertumpu kepada kejayaan di bilik darjah, tetapi kedudukan No. 1 juga diukur dalam pekerjaan.

Bagaimanapun, wajarkah kita berkecil hati dan jadi manusia pengalah jika tujuan No. 1 tidak dicapai. Jawapannya adalah tidak.

Apa yang perlu adalah memberi kefahaman kepada anak-anak tentang hakikat kejayaan. Ia sebenarnya tidak boleh difokuskan dan diukur dengan status No. 1.

Nombor satu hanyalah angka atau ukuran yang dibuat bagi menentukan kedudukan seseorang. Baik dalam kelas mahupun dalam mana-mana pertandingan.

No. 1 juga tidak boleh diukur sebagai satu-satunya penentu kepada sebuah kejayaan. Kejayaan sebenar adalah apabila kita berjaya meningkatkan prestasi dari setiap fasa yang berbeza.

Dan harus diingat bahawa kedudukan No. 1 itu tidak akan pernah kekal. Ia akan terus direbut dan disaingi oleh orang lain yang akhirnya kedudukan No. 1 itu akan terlepas dari genggaman dan menjadi milik orang lain.

Legenda olahraga Jamaica, Usian Bolt adalah contoh kepada jatuh bangunnya seorang manusia terhebat. Dia adalah pemenang 9 pingat emas Sukan Olimpik. Bolt juga merupakan juara dunia 11 kali dan masih memegang rekod dunia acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m.

Keagungan yang dicipta Bolt bukan datang dengan mudah. Penampilannya awalnya di pentas antarabangsa sangat teruk. Dia terkandas awal dalam acara 200m pada Kejohanan Remaja Dunia tahun 2001.

Di pentas Olimpik 2004 di Athens, Bolt yang beraksi dalam acara 200m turut dimalukan dan tersingkir di pusingan pertama.

Namun, segala-galanya berubah selepas itu. Bolt mencipta sensasi yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana manusia di muka bumi. Dia menjadi manusia terpantas yang mungkin mustahil untuk diatasi oleh mana-mana generasi selepas ini.

Hakikatnya, kegagalan adalah ‘petua’ terbaik untuk kita jadi manusia pemenang. Ia mengajar kita tentang kelemahan yang perlu diperbaiki dan memberi peluang untuk mencuba pendekatan baharu.

Kepada ibu bapa, jangan kecewa jika anak kita bukan pemenang. Bangkit dan persiapkan anak-anak untuk hadapi persaingan akan datang.

Jika kecewa, kita sebenarnya hanya membazirkan masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN