fbpx
DARI kiri: Moderator, Afiq Zulhimi Baharudin, Azrie Izham, Azizan Ruba’an dan Tuan Dhiyat ketika sesi Wacana Kandungan, Integrasi Seni Kreatif dalam Era Digital pada ANIFEST 2024 di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ANIFEST platform integrasi seni dan teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKEMBANGAN teknologi telah mengundang para seniman, pencipta kandungan dan pencinta seni untuk meneroka potensi mereka dalam dunia lebih luas, selain mencapai lebih ramai golongan sasar.

Integrasi yang turut melibatkan gabungan elemen seni kreatif serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu turut memberi pelbagai impak kepada cara pencipta memanfaatkan teknologi sama ada dari sudut positif atau negatif.

Sehubungan itu, Festival Seni Kreatif (ANIFEST) tampil dengan tema ‘Integrasi Seni Kreatif’ sebagai pendedahan untuk memanfaatkan teknologi ke arah industri seni lebih baik.

Menurut bekas Profesor Sejarah Seni dan Kajian Kartun di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Muliyadi Mahamood, program edisi kelapan itu menyentuh pelbagai aspek terutama dalam membentuk penggiat seni yang berhemah.

“ANIFEST pada tahun ini mencerminkan sifat multidisiplin dalam dunia seni masa kini, merangkumi pelbagai teknologi, disiplin akademik, media, bentuk, gaya, mesej dan makna.

“Dalam konteks ini, asas seni Malaysia yang pelbagai juga memenuhi dan mencapai pelbagai objektif yang dihasratkan.

“Ia merangkumi perspektif komersial, kemanusiaan, fizikal atau kerohanian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ANIFEST di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara acara tumpuan dalam festival itu adalah seni etika kandungan berhemah yang dikendalikan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

Acara itu membincangkan kepentingan etika dalam penciptaan kandungan dalam industri kreatif Malaysia yang pesat berkembang.

Sesi itu menekankan tanggungjawab profesional dan sosial yang dipikul oleh para pencipta dengan matlamat untuk mewujudkan ruang kreatif, di mana nilai dan etika kekal menjadi keutamaan.

Melalui perbincangan itu, pencerahan diberikan tentang piawaian etika yang bukan sahaja mengekalkan integriti kandungan, malah mampu memberi kesan kepada khalayak global.

Katanya, CMCF turut mengendalikan sesi Wacana Kandungan, Integrasi Seni Kreatif dalam Era Digital.

ANIFEST 2024 membatu pencipta kandungan mencapai lebih ramai golongan sasar dengan bantuan teknologi semasa. – Gambar hiasan

Acara berkenaan menampilkan ahli panel seperti, pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Azrie Izham Hamzah, Timbalan Pengetua Akademi

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Azizan Ruba’an, dan pemenang Pertandingan Filem Pendek Animasi anjuran CMCF, Dhiyat Muhaimin.

Menerusi sesi tersebut, Azizan menekankan kepentingan untuk mempromosikan warisan budaya Malaysia.

Ujarnya, ia bagi memastikan warisan budaya terus hidup dan dapat ditonjolkan di persada global.

Dia juga menyeru para seniman tempatan agar mengadaptasi teknologi baharu bagi membolehkan mereka menghasilkan karya yang segar dan memberi impak.

Dengan memanfaatkan alat digital, pencipta seni di Malaysia dapat memperluas capaian di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadikan karya mereka lebih dikenali di persada global.

“Selain daripada perbincangan etika, ANIFEST 2024 berfungsi sebagai platform pertemuan bagi para seniman, pencinta seni dan pemegang taruh industri.

“Turut diadakan adalah pelbagai aktiviti kreatif serta pameran seni yang diperkaya dengan teknologi bagi membolehkan mereka merasai pengalaman mendalam terhadap trend dan inovasi terkini dalam seni,” ujarnya.

Kongsinya lagi, pendekatan inklusif festival itu dapat mempromosikan visi pertumbuhan kreatif yang menghubungkan seni dengan teknologi dan pendidikan.

Misi tersebut selaras dengan matlamat ANIFEST untuk mewujudkan platform yang berkembang bagi bakat kreatif Malaysia.

Ini secara tidak langsung membolehkan mereka berkongsi karya, bertukar idea, dan membangunkan hubungan dalam industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN