PETALING JAYA – MR D.I.Y., peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia melancarkan babak baharu yang menarik dalam usaha menambah nilai kepada kehidupan rakyat menerusi inisiatif MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda.
PANDAi merupakan nama kepada maskot baharu MR D.I.Y., iaitu haiwan panda yang mengetengahkan sifat yang mesra, comel dan pintar.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, seperti panda yang menjadi kegemaran global, MR D.I.Y. juga dihargai di sini kerana dekat dengan hati rakyat Malaysia.
“Kami ‘PANDAi’ menjaga pelanggan kami dengan mengekalkan janji Always Low Prices. Kami percaya PANDAi akan membawa kegembiraan dan keseronokan, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
Acara pelancaran bagi memperkenalkan maskot baharu itu dibuat di Bukit Bintang baru-baru ini, disambut oleh paparan PANDAi setinggi 14 kaki yang menarik perhatian keluarga dan orang ramai lalu lalang.
Ia turut menampilkan pasukan maskot PANDAi yang menaiki bas KL Hop On Hop Off sambil melambai mesra kepada penonton, dengan kemuncak acara ialah persembahan flash mob oleh sekumpulan PANDAi yang berinteraksi dengan orang ramai sambil memberikan hadiah istimewa.
Sepanjang November ini, warga Kuala Lumpur berpeluang bertemu PANDAi di pelbagai pusat beli-belah termasuk IOI City Mall, Putrajaya pada 23 November, dan Pavilion Bukit Jalil (30 November).
Selain itu, MR D.I.Y. juga akan menyediakan kawasan tempat duduk bertema panda di MyTOWN Shopping Centre dan stesen MRT Pasar Seni untuk mewujudkan ruang mesra keluarga. – KOSMO! ONLINE