fbpx

‘Suami tolong lipat baju pun cukup bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sikap suami yang ringan tulang membantu melakukan kerja-kerja rumah, menguruskan anak-anak dan meluangkan masa bersama keluarga akan lebih membahagiakan isteri.

Perkara itu dipersetujui oleh rata-rata golongan isteri apabila ramai mengakui mereka berasa lebih bahagia sekiranya pasangan masing-masing suka membantu berbanding berduit.

Tinjauan Kosmo! di Facebook mendapati, pelbagai reaksi diberikan para isteri berkaitan kepuasan mereka dalam sesebuah perkahwinan.

“Malam tadi suami saya tolong lipatkan kain yang menimbun dalam bakul. Rasa bahagia itu sampai ke bintang,” kongsi Luvis Eja.

“Isteri bukan tidak suka duit, suka. Tetapi kalau suami bantu hal anak-anak, atap bumbung pun kita (isteri) boleh mop,” seloroh Mardiana Zainuddin.

“Sepatutnya tidak perlu disuruh suami bantu isteri buat kerja rumah, jaga anak sebab ia menjadi tanggungjawab bersama. Tapi ramai yang bagi alasan mereka sibuk bekerja cari duit. Wahai suami, sekali kau hulur tangan basuh berak anak, ia lebih berharga daripada segalanya,” kata Syafinaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI