fbpx
Jasmin menonton video lucah setiap malam hingga membawa perbuatan onani. – Gambar hiasan

Pelajar cemerlang ketagih tonton porno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SECARA luaran, wanita itu kelihatan seperti seorang yang berkaliber, tambahan pula dia merupakan seorang graduan undang-undang dari universiti berprestij di luar negara dan mempunyai kerjaya sebagai seorang peguam.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang dikecapi, dia mengakui mempunyai satu rahsia silam besar berkaitan perbuatannya semasa zaman remaja yang tidak mencerminkan imej dirinya pada hari ini.

Berkongsi kisah itu, wanita asal Ipoh, Perak, Jasmin (bukan nama sebenar), sebelum ini pernah ketagih menonton filem lucah ketika di usia 15 tahun dan melakukan perkara itu hampir setiap hari di rumahnya.

Katanya, ketagihan itu bermula selepas dia kerap membaca perkongsian di aplikasi Twitter (sekarang aplikasi X) tentang kisah seksual yang kemudian membawa kepada video-video lucah di akaun berbeza.

“Saya mempunyai akaun Twitter (sekarang X) selepas memiliki telefon pintar sendiri. Awalnya saya menggunakan akaun tersebut kerana pada ketika itu dikenali sebagai platform untuk tahu tentang perkembangan semasa dan artis antarabangsa kegemaran.

“Namun, pada suatu hari ketika saya mencari kemas kini artis kegemaran terdapat satu perkongsian tentang suami isteri yang berkongsi kisah seksual mereka dan saya tertarik membacanya yang kemudian di ruangan komen ada video lucah,” katanya kepada Panorama.

Tambahnya, selepas itu dia sering melihat kemas kini akaun suami isteri terbabit yang kemudian membawa kepada penemuan akaun-akaun lain seumpamanya dan ia turut mengandungi perkongsian semula (retweet) video-video lucah.

Sejak itu, setiap kali malam sebelum tidur, Jasmin akan menghabiskan masa menonton video-video lucah di laman X hingga membawa kepada perbuatan onani yang kerap.

Perkara itu berlarutan hingga beberapa tahun dan tanpa sedar dia sudah mempunyai ketagihan teruk untuk menonton video lucah.

“Perkara ini menjadi sisi gelap saya dan tiada siapa tahu saya melakukan perkara itu kerana dari luaran saya seorang yang berperwatakan alim, sopan santun serta bijak dalam pelajaran.

Jasmin kini sudah meninggalkan perbuatan keji itu. –Gambar hiasan

“Namun di sebalik semua itu, saya merupakan penggemar pornografi dan menonton semua jenis video termasuk hubungan sejenis,” ujarnya.

Ketagihan itu juga akhirnya membawa kepada kemerosotan pencapaiannya dalam pendidikan yang mana Jasmin sebelum itu merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.

Katanya lagi, akibat daripada menonton video lucah, dia menjadi seorang yang cepat lupa, segala ilmu yang dipelajari juga sukar untuk diingati hingga menjejaskan dia untuk menjawab soalan peperiksaan.

Hal itu disedari oleh guru yang pada awalnya beranggapan Jasmin mungkin berdepan tekanan kerana masalah di rumah atau lain-lain sebab.

Menyedari hal itu, Jasmin awalnya menidakkan hal itu berlaku kerana aktivitinya yang suka menonton filem lucah, namun kerana takut guru menghubungi ibu bapanya atas penurunan prestasi, dia akhirnya cuba untuk berhenti daripada aktiviti buruknya itu.

“Guru sudah bertemu saya secara persendirian dan bertanya kerana takut ada masalah di rumah yang membuatkan saya hilang fokus, namun saya menafikan semua itu tetapi melihat prestasi semakin merudum dia mahu bertemu penjaga.

“Saya mula takut kerana jika ibu dan ayah tahu pasti mereka akan menyiasat apa yang saya buat dalam sehari-hari dan kerana itu saya memilih untuk berhenti menonton video lucah pada waktu malam dan memfokuskan kepada pelajaran sepenuhnya,” katanya.

Kongsinya lagi, pada awalnya untuk dia berhenti amat sukar buatnya kerana tuntutan nafsu selalu mahu menariknya kembali membuka aplikasi X.

Namun, dia kemudian memadam aplikasi tersebut agar tiada lagi akses dan hal itu memudahkan dia untuk fokus kepada perubahan.

Lama-kelamaan, Jasmin kembali menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah dan kebiasaan buruknya juga tidak lagi dilakukan dan berhenti sepenuhnya.

Kini, Jasmin berasa malu sendiri setiap kali terkenangkan perbuatan kejinya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN