fbpx
Bukan sahaja pengembaraan, motosikal kembara terbaharu dari Suzuki, V-Strom 250SX juga sesuai digunakan untuk kegunaan harian. – Foto SADDAM YUSOFF

V-Strom 250SX lebih kecil, mudah dikendalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUZUKI bukanlah satu jenama asing yang perlu diperkenalkan lagi dan motosikal yang dihasilkannya banyak ditunggang di jalan raya negara kita.

Malah, jenama ini mengeluarkan pelbagai segmen motosikal yang memenuhi cita rasa pengguna.

Siri V-Strom yang dikeluarkan Suzuki menjadi pilihan peminat motosikal kembara dan lasak di seluruh dunia.

Malah, populariti V-Strom melonjak semenjak pengenalan model V-Strom 1000 yang pertama pada tahun 2002.

Kejayaan model ini telah membawa kepada pelancaran V-Strom 650 pada tahun 2004, diikuti oleh model-model lain seperti V-Strom 1050, V-Strom 800, dan V-Strom 650 yang memenuhi pelbagai keperluan para pemiliknya.

Terbaharu, kemunculan siri baharu V-Strom 250SX di Malaysia telah memenuhi keinginan peminat motosikal pengembaraan yang mahukan sebuah jentera yang lebih kecil dan mudah untuk dikendalikan.

Konsep reka bentuk V-Strom 250SX ‘Toughness in a Slender Shell’ merujuk kepada bentuk casis keseluruhannya yang ramping hasil teknologi dan rekaan bentuk enjin yang padat seakan-akan dibalut dalam cangkerang pelindung yang kemas.

V-Strom 250SX Antaranya dikeluarkan dalam warna kuning.

Reka bentuk ini bukan sahaja meningkatkan daya tarikan visual kepada rupa bentuk motosikal, tetapi turut mengetengahkan ciri-ciri kemudahan dan keselesaan yang optimum dalam situasi tunggangan sebenar.

Huruf ‘S’ pada V-Strom 250SX mewakili ‘Sport’ dan huruf ‘X’ menandakan ‘Crossover’.

V-Strom 250SX diilhamkan daripada reka bentuk ‘paruh’ yang terkenal dan telah disensasikan oleh legenda model perlumbaan Suzuki DR-Z dan model off-road DR-BIG.

Selain itu, DNA siri V-Strom ini sekali gus mengukuhkan lagi status visual ikoniknya yang amat mudah dikenali dalam semua model sekelasnya.

Motosikal ini direka dengan berat bersih 167 kilogram (kg) untuk memberikan pengendalian yang lincah semasa mengembara.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan enjin 249cc, empat lejang suntikan bahan api SOHC dengan transmisi enam kelajuan yang menghasilkan kuasa 26hp pada 9,300rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm.

Walaupun motor jenis kembara ini sering dilabel sebagai tunggangan hujung minggu, V-Strom 250SX pula memberikan kelainan dengan teknologinya disesuaikan sebagai keutamaan tunggangan harian yang selesa dan berkuasa.

V-Strom 250SX sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah motosikal yang boleh digunakan setiap hari untuk pergi dan pulang ke tempat kerja.

Dengan saiznya yang lebih kecil, motosikal ini mudah dikendalikan untuk menempuh jalan raya terutamanya ketika waktu puncak.

Motosikal ini direka sesuai untuk melalui permukaan jalan yang mencabar.

Begitu juga buat mereka yang suka mengembara dan menempuh permukaan jalan yang agak mencabar, V-Strom 250SX amat selesa untuk ditunggang untuk perjalanan jauh pada hujung minggu.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan enjin Suzuki Eco Performance (SEP) mengimbangi penjimatan bahan api yang baik selain dilengkapi teknologi suntikan bahan api dan teknologi Sistem Penyejukan Minyak Suzuki (SOCS) yang memastikan suhu enjin tetap sejuk walaupun dalam keadaan yang lincah serta mencabar.

Dengan kapasiti tangki sebanyak 12 liter, ia pastinya membolehkan anda menunggang V-Strom 250SX tanpa henti untuk melakukan perjalanan yang jauh sebelum pengisian semula.

Sementara itu, dengan ketinggian pelana sekitar 835 milimeter (mm) sudah pasti ia menjadi tempat duduk yang cukup selesa untuk ditunggang sepanjang hari.

Pun begitu, mereka yang mempunyai ketinggian di bawah 165sm akan merasakan motosikal ini sedikit tinggi.

Motosikal ini hadir dengan tayar hadapan bersaiz 19 inci dan 17 inci di belakang yang dipadankan dengan brek jenis cakera beserta sistem Brek Anti-Kunci ( ABS).

Malah, motosikal ini juga mempunyai jarak ketinggian yang mencukupi antara permukaan dan bahagian bawah enjin yang membolehkan ia melalui jalan tidak berturap atau jalan yang berhalangan biasa tanpa sebarang masalah.

Dalam pada itu, V-Strom 250X ditampilkan dengan suspensi yang membolehkannya dikendali dengan mudah pada pelbagai jenis jalan raya.

Pada bahagian hadapan, motosikal ini menggunakan fork jenis teleskopik yang mampu menyerap hentakan dengan baik dan memastikan perjalanan lancar termasuk di jalan yang tidak berturap.

Sementara itu, suspensi belakang boleh larasnya boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap tunggangan sama ada bersendirian ataupun bersama penumpang.

Untuk meter papan pemuka pula, ia didatangkan dengan paparan LCD yang memaparkan banyak maklumat mudah untuk dilihat. Motosikal ini juga dilengkapi soket pengecas USB di sebelah kiri yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar.

Secara keseluruhan, V-Strom 250SX adalah motosikal yang mudah dikendalikan serta mudah untuk diselenggarakan sekali gus menawarkan ketenangan fikiran kepada pemiliknya.

Bagi V-Strom 250SX ini, ia tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu hitam, kuning dan jingga.

Namun, apa yang lebih menarik tentang V-Strom 250SX adalah harganya yang boleh dikatakan mampu milik.

Motosikal ini ditawarkan pada harga jualan RM17,800 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN