fbpx
SABRINA bercerita kisah ibunya yang trauma dan terpaksa bergantung dengan ubat selepas terpengaruh dengan Al-Arqam.

‘Ibu tak sambung belajar perubatan sebab pengaruh Al-Arqam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas yang berasal dari Perancis mendedahkan anak perempuannya mengalami kemurungan serius sehingga hari ini dan terpaksa bergantung dengan ubat akibat pengabaian sewaktu berada di dalam gerakan Al-Arqam.

Bukan itu sahaja, Christine Rohani Longuet, 81, berkata, cucu-cucunya juga trauma selepas hidup mereka terabai ketika di bawah pengaruh gerakan itu sebelum kesemuanya diselamatkan sekitar tahun 1980-an.

Menurutnya, dia menyaksikan trauma dirasai anak dan cucu-cucunya akibat ketidakadilan dalam sistem gerakan yang kini dikenali sebagai GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

“Saya berusaha keras menyelamatkan mereka yang ketika itu berada di perkampungan Al-Arqam di Sungai Penchala, Selangor setelah melihat sesuatu tidak kena terhadap sistem kekeluargaan diamalkan Al-Arqam.

“Tidak tahan melihat anak dan cucu-cucu diabaikan kebajikan sehingga menyebabkan mereka trauma. Alhamdulillah, mereka dapat keluar daripada perangkap Al-Arqam dengan bantuan kerajaan,” katanya ketika ditemui di Pulau Duyong di sini semalam.

Rohani memberitahu, perkongsian cucunya, Sabrina Bolivar di media sosial adalah kisah benar pengalaman hidup cucunya dan tidak direka-reka.

“Saya kemudiannya membawa anak perempuan dan cucu-cucu menetap bersama saya dan arwah suami (Wan Othman Wan Abdullah) di Pulau Duyong.

“Alhamdulillah semua cucu-cucu saya telah mendapat pendidikan sempurna dan kini bahagia dengan keluarga kecil masing-masing,” katanya.

Tambahnya, semua pengabaian yang berlaku terhadap kanak-kanak dan wanita seperti dialami anak dan cucunya perlu dihentikan segera dan mereka sepatutnya diberi pilihan untuk hidup bebas seperti insan biasa.

“Pelaku (penindasan) mesti diberi hukuman setimpal,” katanya.

ROHANI bercerita mengenai kehidupan anak dan cucunya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Duyong, Kuala Terengganu semalam.

Terdahulu, cucu sulung Rohani, Sabrina mendedahkan ibunya, yang merupakan pelajar cemerlang telah dipengaruhi untuk menyertai gerakan Al-Arqam sehingga sanggup meninggalkan pengajian jurusan perubatan di sebuah universiti tempatan.

Jelasnya, ibunya direkrut menjadi salah seorang ahli gerakan sejak belajar di sebuah universiti tempatan selepas bertemu dengan seorang ustazah di salah sebuah ceramah Al-Arqam.

Sabrina yang kini menetap di Paris, Perancis memberitahu, ibunya berkahwin dengan dua lelaki, ahli Al-Arqam.

Katanya, perkahwinan pertama ibunya hanya bertahan selama enam bulan sebelum dipujuk berkahwin dengan salah seorang orang tertinggi dalam Al-Arqam.

Bapanya sudah memiliki tiga isteri dengan salah seorang daripadanya adalah anak perem­puan pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

“Rupa-rupanya ibu adalah isteri keempat dan sepanjang perkahwinan itu dia telah dibuli oleh isteri-isteri yang lain termasuk diminta untuk menjaga anak-anak tiri.

“Ketika mengandung anak sulung, tiada orang menjaga ibu ketika berpantang sehingga dia postpartum depression sehingga sekarang belum recover dan masih makan ubat,” ujarnya.

Dalam pada itu, adik Sabrina dikenali Iza Bolivar berkata, sepanjang hidupnya dia hanya bertemu bapanya tiga kali dan dia dijaga datuk dan neneknya sejak lahir.

“Apabila mereka berzikir ada sebut nama abuya.

“Bapa adalah anak pekerja Jabatan Hutan dan didakwa ba­nyak serahkan tanah pada kumpulan itu,” dakwanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN