fbpx
Farizan (kiri) menjemur barang yang basah akibat terendam air banjir di Kampung Lengkuas, Derang dekat Pokok Sena kelmarin.

Banjir surut, ramai sudah balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POKOK SENA – Rata-rata ­mangsa banjir meluahkan rasa lega apabila air sudah mula surut ekoran cuaca kembali cerah sekali gus berpeluang pulang untuk membersihkan rumah selepas berhari-hari tinggal di khemah dan pusat pemindahan sementara (PPS).

Farizan Saidin, 43, berkata, dia dan keluarganya begitu lega apabila sudah empat hari tinggal di dalam khemah kanvas di hadapan rumah di Kampung Lengkuas Derang di sini.

Katanya, mereka bersama-sama mencuci rumah dan membersihkan kelengkapan ekoran cuaca yang kembali cerah sejak awal pagi kelmarin.

“Kami tinggal di khemah di tepi jalan sebab PPS penuh. Khemah sudah tutup dan syukur air sudah surut dan membolehkan kami pulang.

“Air naik hingga paras pinggang kali ini dan banyak barang rosak sebab terendam dalam air sejak Rabu. Ada barang yang kami bakar sebab tidak boleh digunakan lagi seperti perabot dan kabinet,” katanya.

Menurut Farizan, dia me­netap di Sungai Petani bersama isteri, Siti Fatimah Abu Bakar, 37, serta dua anak dan terpaksa pulang ke kampung untuk me­nguruskan ibu, Noraini Shafie, 58, yang tinggal bersendirian di rumah itu.

Dalam pada itu tinjauan mendapati penduduk yang terjejas mula pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.

Seorang lagi penduduk, Hamidah Din, 64, mereka sekeluarga pulang dari PPS di Alor Setar kelmarin apabila mengetahui air semakin surut.

“PPS di sini semua penuh, jadi kami terpaksa pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di Alor Setar. Jauh juga tapi apa boleh buat terpaksa pergi juga, semalam balik sebab air sudah surut untuk bersihkan rumah.

“Kawasan ini memang selalu banjir sebab tepi sungai tetapi kali ini agak buruk selepas banjir 2010,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN