fbpx
KEADAAN rumah amal yang diserbu pihak polis menerusi Op Global di dua buah negeri baru-baru ini.

Rumah kebajikan GISBH tidak berdaftar JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiada rumah amal yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) yang berdaftar di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut sumber JAIS, perkara itu hasil semakan dilakukan susulan serbuan Op Global yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 11 September lalu.

Sebaliknya, kata sumber itu, hanya lapan buah sekolah yang disyaki di bawah GISBH berdaftar dengan JAIS.

“Rumah amal tiada yang berdaftar dengan JAIS. Yang berdaftar hanya sekolah Islam sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebelum ini, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan, dua daripada premis-premis yang diserbu dalam Op Global adalah berdaftar
dengan JAIS.

Ini adalah Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah didaftarkan dengan pada Januari 2015 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2025.

Sebuah lagi adalah Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly telah didaftarkan pada 12 November 2014 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember tahun ini.

Untuk makluman, sebanyak lapan buah sekolah yang disyaki di bawah GISBH berdaftar dengan JAIS.

“Dua daripadanya telah menutup operasi secara sukarela, manakala dua lagi telah tamat pendaftaran dan satu sekolah ditarik pendaftaran.

“Bakinya masih lagi beroperasi sehingga 2028,” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan hanya dua daripada 20 buah rumah amal yang diserbu pasukan polis menerusi Op

Global didapati berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM tidak dapat melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis itu sekiranya tidak berdaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN