fbpx
Satu memorandum telah dihantar kepada tiga kementerian terlibat bagi mengatasi isu dihadapi penghantar makanan. – Gambar hiasan

Larangan hantar barang depan pintu elak rider ‘diganggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata golongan yang terlibat dalam industri e-hailing dan p-hailing menggesa pihak kerajaan serta syarikat pengendali untuk mewujudkan satu dasar baharu melarang pesanan makanan atau barangan dihantar terus ke pintu rumah pelanggan.

Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia, Jose Rizal berkata, langkah tersebut adalah bagi mengatasi jenayah gangguan seksual yang dihadapi oleh golongan penghantar ketika ini.

“Isu berkenaan gangguan seksual dalam komuniti e-hailing dan p-hailing ini memang sema­kin berleluasa.

“Jadi kita mohon agar perkara ini segera ditangani sebab ia bukan sahaja ancaman kepada pekerja e-hailing atau p-hailing, tetapi ada juga yang berpunca daripada golongan penghantar itu sendiri. Kiranya dua-dua pihak iaitu pelanggan serta penghantar turut berada dalam ancaman keselamatan.

“Perlu adakan segera satu dasar atau ketetapan baharu yang diwartakan melibatkan industri penghantar ini. Setiap pesanan hanya boleh disampaikan di satu sudut khas yang disediakan oleh pengurusan ba­ngunan atau kediaman dan bukan lagi dihantar terus ke pintu rumah pelanggan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambah Jose, pihaknya juga telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Wanita Keluarga dan Pemba­ngunan Masyarakat (KWKPM), Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pengangkutan untuk memperhalusi cada­ngan mewujudkan dasar itu.

“Penghantaran terus ke pintu rumah pelanggan sudah tidak lagi praktikal. Kita perlu utamakan keselamatan setiap orang baik penghantar atau pelanggan itu sendiri.

“Pihak berkuasa tempatan, pemilik bangunan dan pihak berkuasa lain perlu segera laksanakan perkara ini.

“Perlu diwartakan atau dijadikan satu dasar yang mewajibkan pihak terlibat mematuhi perkara tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Jose mendedahkan, terdapat segelintir pelanggan kesepian memesan makanan secara dalam talian semata-mata mahu memerangkap golongan penghantar sebagai mangsa pemuas nafsu mereka.

Katanya, mereka mengambil kesempatan dengan melakukan tempahan bukan sebagai niat utama, tetapi sebaliknya demi mendapatkan atau menjerat petugas e-hailing dan p-hailing.

Kelmarin Kosmo! Ahad me­laporkan, terdapat penghantar makanan yang mendedahkan mereka pernah menjadi mang­sa gangguan seksual pelanggan miang termasuk berhadapan de­ngan wanita yang hanya memakai tuala ketika menghantar pesanan.

Menerusi pendedahan, ada pelanggan yang kesunyian juga sanggup menawarkan diri untuk menjadi ‘peneman’ malam dan menghantar gambar serta mesej lucah kepada mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN