fbpx
MUHAMMAD AIZZAT (tengah) bergambar bersama dua individu yang terlibat menghasilkan inovasi DREBAR.

Cipta robot canggih untuk kegunaan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIDANG robotik semakin mendapat perhatian dan berkembang pesat terutama di negara-negara maju.Namun dalam senario di Malaysia, bidang itu masih ketinggalan.

Bukan sekadar masih ‘bertatih’, negara juga kekurangan pakar yang boleh membawa idea robotik baharu bagi membantu membangunkan industri teknologi tempatan.

Sebagai usaha untuk menyumbang kepada pembangunan dunia robotik tanah air, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-

Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Aizzat Zakaria telah menghasilkan inovasi DREBAR.

Menurutnya, DREBAR adalah satu modul robotik canggih yang terdiri daripada DREBAR Box (kotak Drebar yang membolehkan kawalan dibuat).

Ujarnya, DREBAR Operating System (perisian sistem operasi berdasarkan perisian sumber terbuka) dan perisian-perisian berkaitan robotik bagi membolehkan sistem robot canggih dikawal secara automasi.

“Ia akan berkomunikasi dengan DREBARbox dan DREBAR OS bagi menjalankan fungsi-fungsi algoritma canggih seperti Simultaneous Localisation and Mapping (SLAM), Obstacle Avoidance Module dan lain-lain.

“DREBAR juga mempunyai simulator robot dipanggil DREBARSim yang mempunyai beberapa jenis robot bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, robot yang dikonfigurasi bersama sistem DREBAR itu boleh dikawal melalui perisian DREBAR menerusi beberapa langkah ringkas.

Kongsinya, DREBARBox juga boleh berkomunikasi dengan Internet dan rangkaian yang membolehkan robot dikawal di dalam satu DREBARBox.

Ujarnya, pelbagai konfigurasi kompleks dapat dilakukan bagi mereka yang ingin menjalankan penyelidikan menggunakan produk berkenaan.

Selepas sistem DREBAR diaktifkan, ia membolehkan robot melakukan demo terhadap sistem autonomous seperti waypoints control, obstacle avoidance dan proses membuat keputusan.

Penyelidikan itu turut mendapat kerjasama pensyarah FTKPM dan beberapa orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) serta pelajar pascasiswazah.

Tambah Muhammad Aizzat, DREBAR bermula pada 2022 dan melalui beberapa fasa penambahbaikan dari segi keperluan perisian produk dan kosmetik berbanding versi awal.

“Produk ini telah melepasi fasa prototaip dan kini sudah pun digunakan bagi penyelidikan dan pembelajaran di UMPSA. Ia juga sesuai kepada peserta-peserta profesional dari luar bidang Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Anggaran kos bagi DREBAR adalah sekitar RM10,000 hingga RM20,000.

“Ia adalah satu produk penyelidikan yang terhasil daripada kerja penyelidikan yang sebenar iaitu berkaitan robot kenderaan swapandu,” ujarnya.

Berkongsi tentang proses penyelidikan, dia berkata, banyak perkara baharu dapat dipelajari oleh mereka termasuk berkenaan teknologi robotik yang canggih seperti Perceptions, Localisation,

Planning and Control dan Artificial Intelligence.

Katanya, teknologi robotik itu merupakan satu teknologi masa hadapan yang akan digunakan secara meluas tidak lama lagi.

“Masalah yang timbul daripada pembangunan adalah bagaimana kami mahu memastikan projek ini tidak ketandusan tenaga pakar yang boleh sentiasa menyumbang.

“Kami juga telah memulakan beberapa pembangunan strategik bagi membolehkan lebih ramai tenaga pakar dilahirkan dalam membina ekosistem robotik yang mampan,” kongsinya.

Produk DREBAR telah menyelesaikan masalah konfigurasi perisian, sekali gus boleh terus digunakan bagi pembelajaran robotik canggih dan digunakan untuk penyelidikan.

Buat masa sekarang, dia dan kumpulan penyelidik telah berbincang dengan beberapa agensi untuk meletak produk itu di beberapa institusi.

Ujarnya, pihaknya juga cuba mendapatkan maklum balas berkenaan keberkesanan produk itu pada skala lebih besar.

“Pada masa sama, terdapat beberapa gerak kerja untuk meluaskan penggunaan produk berkenaan di beberapa sektor berbeza.

“Anggaran kos bagi DREBARbox, DREBAROS, modul latihan dan robot kit (dengan sensor LIDAR, IMU, odometers, low-level controller) adalah sekitar RM10,000 hingga RM20,000,” ujarnya.

Produk DREBAR telah mendapat geran pembiayaan sepenuhnya daripada UMPSA melalui Geran Pembangunan Produk (PDU Geran) dan Geran Made in UMP (Geran SPU).

Selain itu, produk berkenaan mendapat kerjasama daripada dua industri iaitu Move Robotic Sdn. Bhd. yang banyak membantu memberi pandangan dan penilaian berkenaan nilai tambah produk.

Sementara itu, RGM Network Sdn. Bhd. pula merupakan pihak konsultan yang membolehkan DREBAR dapat digunakan oleh profesional-profesional bidang TVET bagi mempelajari sistem robotik canggih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN