Gambar hiasan

Luahan Pembaca: Biar minuman tak manis, asalkan tak kena diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin mengulas tentang keputusan untuk mengurangkan penggambilan gula dalam makanan bagi semua acara kerajaan sebanyak 50 peratus susulan penyakit diabetes yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Sebenarnya, cara atau sukatan penggunaan gula sihat sudah lama dipamerkan di klinik dan hospital, namun akibat ketagihan melampau dalam kalangan rakyat, nasihat tersebut tidak diamalkan dalam kehidupan harian.

Umumnya, penggunaan gula boleh dikurangkan, namun perlu mengambil masa memandangkan bahan tersebut biasanya digunakan dalam kuantiti yang banyak dalam makanan tradisi seperti kuih-muih dan minuman.

Selain gula, penggunaan santan kelapa segar dalam masakan seperti rendang daging juga boleh memudaratkan kesihatan.

Selain itu, kewujudan jus minuman seperti buah-buahan, perisa berkarbonat dan perasa tiruan, pengambilannnya juga perlu dikawal kerana kadar gulanya yang terlalu tinggi.

Untuk menyahut seruan kerajaan ini, pengusaha kedai makanan disaran supaya mengurangkan penggunaan gula secara beransur-ansur di premis masing-masing.

Tindakan ini bukanlah hendak menyekat selera pembeli, tetapi yang lebih penting adalah untuk menjaga kesihatan.

Selain itu, rakyat juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan berat badan selain menjauhi daripada sebarang serangan penyakit berkaitan.

Hidup Sederhana,
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN