fbpx
Osman (kiri) melihat ibunya, Zahrah yang terlantar ketika diziarahi Zainani (duduk) di rumah mereka di Kampung Melayu, Kluang baru-baru ini.

Sanggup tak kahwin jaga ibu uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang pemotong rumput yang sudah berusia 73 tahun sanggup berkorban hidupnya dengan tidak berkahwin semata-mata untuk menjaga ibunya yang uzur di Kampung Melayu di sini.

Keputusan yang dibuat Osman Ali itu adalah untuk memberi perhatian sepenuhnya ter­hadap kebajikan ibunda tercinta, Zahrah Mohamad yang telah pun berusia 96 tahun.

Anak sulung daripada 13 beradik itu berkata, ibunya bukan sahaja berhadapan masalah penglihatan, malah kini hanya mampu terbaring akibat patah tulang pinggang sejak kira-kira lima tahun lalu.

“Ibu kini hanya mampu terlantar ke­rana tulang pinggangnya patah selepas terjatuh di dalam rumah, kaki kanannya juga bengkok selain tidak dapat melihat.

“Bagi memastikan ibu dapat makan dan minum, saya akan sediakan terlebih dahulu sebelum pergi bekerja.

“Saya kerja sebagai pemotong rumput sahaja jika ada permintaan daripada penduduk di sekitar Kampung Melayu ini,” katanya kepada Kosmo!
Ahad di rumah ibunya di sini baru-baru ini.

Terdahulu, ibunya menerima sumbangan bekalan lampin pakai buang dan barangan dapur sumbangan Pasaraya Econsave, hasil usaha Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Zainani Jamaludin.

Menurut Osman, pendapatannya sebagai pemotong rumput tidak menentu dan sekadar cukup untuk makan minum mereka sahaja.

Osman memberitahu, contohnya pada hari tersebut ada kerja memotong rumput, maka duit itulah yang digunakan mereka berdua mengisi perut.

“Jika ada rezeki pemberian daripada adik bongsu dan jiran berdekatan rumah, lebihlah makanan kami pada hari itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN