fbpx
Tangkap layar menunjukkan sebilangan penduduk yang mengusung jenazah kerana tiada ambulans disediakan di kawasan itu. - TribunJabar

Usung jenazah 3 kilometer kerana tiada ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebilangan penduduk Jombang, wilayah Jawa Timur berjalan kaki sejauh 3 kilometer sambil mengusung jenazah, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik, penduduk dilihat berganti-ganti mengusung keranda tersebut. 

Mereka juga terpaksa melalui sebuah jambatan yang kelihatan nazak dan berjalan di tengah-tengah hutan. 

Lebih menyedihkan apabila mereka mendakwa tiada ambulans disediakan di kampung tersebut. 

“Disebabkan tidak mempunyai ambulans, penduduk terpaksa mengusung jenazah dari Kampung Marmoyo ke Kampung Jipurapah,” kata perakam video. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN