fbpx
BEZA usia 15 tahun dan paling utama status duda anak tiga bukan halangan buat penyanyi Sarah Suhairi untuk menerima pensyarah merangkap jurulatih sukan berkuda, Aswad Anuar sebagai teman hidupnya.

‘Duda, anak 3, dia matang, mampu bimbing saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RONA putih menjadi tema penyatuan ikatan suci antara penyanyi Sarah Suhairi dan suaminya, Aswad Anuar.

Sungguh, empat tahun perkenalan menilai hati budi, juara Big Stage musim pertama itu tidak menyangka akan bergelar isteri pada usia muda, sementelah masih merangkak mengukuhkan nama dalam arena seni.

SIFAT tenang dan matang Aswad menyakinkan Sarah untuk lelami berstatus anak tiga itu dipilih sebagai teman hidupnya.

Pilih lelaki matang

Namun, tiada siapa mampu menolak ketentuan Allah, apatah lagi dipertemukan jodoh dengan lelaki matang yang mempunyai kecenderungan sama, Aswad Anuar, 39.

“Kalau ikut perancangan masa zaman sekolah dahulu saya bukan kahwin tahun ini sebab banyak lagi impian belum dapat saya tunaikan.

“Tetapi inilah yang dikatakan jodoh, ajal, maut di tangan Tuhan, kita cuma merancang.

“Akhirnya, saya bertemu teman hidup lebih awal dengan lelaki yang matang dan lebih tenang.

“Melihat jarak usia kami yang berbeza 15 tahun, sememangnya sikap kami berlawanan. Saya jenis tak sabar, dia pula tenang.

“Dia juga mampu bimbing saya, itu paling utama,” kata selebriti berusia 24 tahun itu.

SArah dan Aswad mengimpikan percutian ke Denmark, namun akhirnya membatalkan hasrat tersebut atas faktor kewangan.

Duda tiga anak

Tidak menyembunyikan status suami sebagai duda, akui Sarah mereka hanya mahu melayari kehidupan bahagia bersama keluarga termasuk tiga anak Aswad yang berusia 14, 10 dan lapan tahun.

“Ketika perkenalan awal, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kemudian saya dipertemukan dengan tiga puterinya.

“Mereka menerima kehadiran saya dalam hidup mereka, begitu juga kawan-kawan rapat saya. Mereka dah kenal baik.

“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya ibu,” katanya ketika ditemui HibGlam selepas pernikahannya di Berern Hill, Hulu Langat.

Majlis yang berlangsung pada pagi Jumaat lalu turut diserikan kehadiran 100 tetamu, termasuk rakan artis iaitu Wani Kayrie, Sissy Iman, Naim Daniel dan Afiq Shazwan.

Diadakan di ruang acara berkonsepkan bangsal, The Berenr Hulu Langat, hakikatnya itu antara bayangan mengimbau detik perkenalan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda.

“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad selain pensyarah adalah jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri, manakala saya aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun, jadi kelompok kawan kami adalah orang yang sama.

“Di situ perkenalan kami yang bermula sebagai sahabat. Minat yang sama ini membuatkan kami jadi serasi kerana Aswad juga banyak bagi tip mengenai sukan ini.

“Ketika hubungan kami berlangsung pun dia kerap temani saya di beberapa persembahan. Dari situ dia dapat lihat pula suasana kerja saya sebagai penyanyi,” kongsinya.

SARAH dan Aswad bergambar bersama ibu bapa masing-masing pada hari bersejarah mereka.

Denmark

Menyentuh mengenai bulan madu, pelantun lagu Nyawa & Raga itu menyimpan impian mahu bercuti di Denmark yang disifatkan sebagai destinasi idaman.

Namun, buat masa ini mereka memilih percutian di negara Asia sahaja memandangkan sudah banyak berbelanja untuk majlis perkahwinan.

“Secara peribadi saya nak sangat ke Denmark tapi bukan dalam masa terdekat. Tenang-tenang dahulu sebab duit dah banyak habis untuk majlis pernikahan dan kenduri kahwin.

“Kita kumpul duit dahulu baru pergi bulan madu. Insya-Allah perancangan terdekat kami berbulan madu di negara Asia dulu.

“Sambil itu dapat promosikan lagu baharu kami yang dilancarkan serentak pada majlis pernikahan kami hari ini berjudul Without You,” ulasnya.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa gelang tangan emas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Lagu khas

Menurut personaliti kecil molek itu, dia teruja apabila suaminya sanggup memenuhi permintaan berduet bagi single baharu tersebut.

“Demi merealisasikan Without You, suami saya masuk kelas vokal selain turut muncul dalam muzik video. Kesungguhanannya buat saya terharu.

Bercakap soal zuriat, Aswad enggan merancang, sebaliknya percaya rezeki ditetapkan Allah akan tiba pada masa yang tepat.

Dia juga mahu menikmati masa berdua terlebih dahulu sebelum memikirkan soal zuriat.

“Kalau ada rezeki insya-Allah, kami terima sahaja rezeki yang Allah nak beri, tapi mungkin setahun dua ini kami mahu ‘honeymoon’ dahulu,” katanya.

Aswad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, namun bercerai pada 2019.

SARAH dinikahkan bapanya sendiri dan sah menjadi isteri Aswad Anuar hanya dengan sekali lafaz pagi Jumaat lalu. – AMIR KHALID
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN