fbpx

Dua penyeludup dicekup, rampas rokok lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Cubaan dua lelaki menyeludup rokok menggunakan van gagal selepas dicekup di hadapan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang, kedua-dua suspek yang diberkas berusia 30 hingga 40 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil pemeriksaan kenderaan dinaiki mereka menemukan sebanyak 945 karton rokok pelbagai jenama.

“Siasatan mendapati semua rokok itu disyaki tidak membayar cukai kepada kerajaan.

“Soal-siasat terhadap suspek kemudiannya membawa kepada serbuan sebuah rumah di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini dengan merampas sebanyak 2,450 karton rokok seludup lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM203,700.

Tambah Ramli, kedua-dua suspek itu kini direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI