fbpx
WAN RANIA AMANDA bermain bersama haiwan ternakan bapanya di Baruh Tok Jiring, Kuala Nerus semalam.

Rania persis Mogwli versi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak seba­yanya, Wan Rania Amanda Wan Mohd. Faizal, 11, tidak berminat bermain gajet sebaliknya lebih obses bergaul dengan haiwan-haiwan ternakan bapanya.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu itu tidak kekok memberi makan, bergurau-senda, bermain kejar-kejar dengan haiwan-haiwan ternakan berke­naan persis Mogwli versi kanak-kanak perempuan.

Wan Rania Amanda berkata, dia lebih gemar mengisi masa terluang selepas pulang sekolah dan hujung minggu bermain dengan kambing betina kesayangannya diberi nama Rocky dan Bobby serta lembu digelar Jate dan Flora.

“Selain itu saya juga membela hamster dan kambing kerdil spesies Nigerian Dwarf yang dibawa bermain hingga ke dalam rumah.

“Membelai dan berkongsi ‘perasaan’ sedih dan gembira bersama haiwan-haiwan ternakan ini cukup membuatkan saya seronok dan tenang,” katanya ketika ditemui di kandang haiwan ternakan bapanya di Baruh Tok Jiring di sini semalam.

Wan Rania Amanda berkata, bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penja­gaan haiwan ternakan, dia kerap menonton video Jabatan Per­khidmatan Veterinar di laman YouTube.

Anak sulung daripada lima beradik tersebut memberitahu, antara ilmu veterinar yang dipelajarinya ialah rawatan haiwan yang sakit perut dan cara-cara penjagaan anak kambing dan lembu baru lahir.

Wan Rania Amanda yang meminati subjek Sains dan Bahasa Inggeri berkata, dia bercita-cita untuk menjadi doktor veterinar apabila dewasa kelak.

Sementara itu, bapanya, Wan Mohd Faizal Wan Zulkefli, 37, berkata, anak sulungnya, Wan Rania Amanda gemar bertandang ke kandang ternakannya setiap hari dan akan merajuk sekiranya tidak dibawa bertemu haiwan-haiwan tersebut.

Beliau berkata, anak perempuan juga larang menjual beberapa haiwan ternakan ke­sayangan terutama kambing kerdil kerana terlalu menyayanginya.

“Saya bela 350 ekor kambing dan lembu di tiga kandang berasingan di sekitar daerah ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN