fbpx
TERDAPAT pasangan suami isteri yang baru berkahwin tidak mahu mendapatkan anak atas beberapa faktor. -GAMBAR HIASAN

Pasangan muda jangan takut miliki anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBELAKANGAN ini isu ‘childfree’ hangat dibincangkan oleh orang ramai di media sosial.

Semasa mengikuti perbincangan ini di media sosial, saya dapati pelbagai pandangan diberikan berhubung tindakan segelintir pasangan yang mahu ataupun sudah berkahwin tetapi memilih untuk tidak mempunyai zuriat ini.

Apa yang saya faham, istilah ‘childfree’ ini berbeza dengan merancang keluarga kerana pasangan yang terlibat benar-benar tidak mahu mempunyai anak atas pelbagai faktor.

Paling ketara, ramai pasangan muda terutamanya berkongsi sebab-sebab untuk tidak mempunyai zuriat ialah kerana kos untuk membesarkan anak yang mahal selain ada juga yang bimbang tidak mampu menjalankan amanah mendidik anak dengan baik.

Isu ‘childfree’ ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang menasihatkan golongan muda untuk mengingati bahawa memiliki anak bukanlah satu beban namun merupakan amanah dan rezeki kurniaan Allah.

Beliau juga bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini bahawa makruh hukumnya buat pasangan yang mengamalkan trend ‘childfree’.

Katanya, trend tersebut akan menyebabkan sesebuah unit keluarga tidak dapat berkembang sekali gus elemen sakinah, mawaddah, warahmah (ketenangan hati, kasih sayang, rahmat) tidak dapat dibentuk dengan sebaiknya.

Sementara itu, Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh memaklumkan, rata-rata pasangan yang memilih untuk tidak melahirkan zuriat ini menganggap anak itu sebagai satu beban dari segi kewangan, mental dan juga emosi.

“Ramai pasangan sekarang yang kalau boleh mereka memang mahu hidup berdua sahaja sama seperti ketika bercinta, jadi sama-sama ambil keputusan tidak mahu mempunyai anak.

“Ada pasangan yang datang kepada saya bagi mendapatkan khidmat kaunseling, apabila bercakap soal anak mereka maklumkan tidak mahu ada anak kerana kos untuk membesarkan anak itu tinggi,” katanya kepada Kosmo!.

Hushim berkata, perkara tersebut membimbangkan kerana lama-kelamaan boleh memberi kesan kepada perkahwinan pada jangka masa panjang. “Sebagai contoh apabila perkahwinan itu sudah lebih setahun ke dua tahun, manusia ini hati berubah-ubah dan boleh jadi ketika itu sudah mula ada kesedaran hendak mempunyai zuriat.

“Jadi, perkara ini boleh menimbulkan isu lain pula ketika itu. Di awal perkahwinan mungkin mereka hanya fokus untuk nikmati alam perkahwinan itu berdua, tetapi lama-kelamaan baru terfikir,” ujarnya.

Justeru itu beliau menasihatkan supaya pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak ini merujuk kepada kaunselor-kaunselor untuk mendapatkan nasihat terutama sekali bagi pasangan beragama Islam.

“Selain itu, ibu bapa dalam sesebuah keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk menasihatkan dan mengingatkan bahawa setiap perkahwinan itu datang dengan tanggungjawab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN