fbpx
Mohd. Sufian (dua dari kiri) melayan pelanggan memilih durian di gerainya di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu semalam.

Jun, Julai bulan tauke durian kaut untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga durian di bandar raya ini mampu meraih jualan lebih RM40,000 dalam tempoh tiga hari apabila gerainya di Kampung Kedai Buluh, di sini diserbu penggemar raja buah itu.

Mohd. Sufian Saleh, 34, berkata, sepanjang tempoh tiga hari tersebut, lebih tiga tan durian kampung dan premium yang dijualnya laris bagaikan pisang goreng panas.

Menurutnya, walaupun kea­daan ekonomi negara belum stabil, sambutan terhadap durian termasuk jenis ‘kayangan’ tidak terjejas, sekali gus membuktikan rakyat tidak berkira untuk berbe­lanja asalkan durian yang dibeli mereka berkualiti tinggi.

“Tidak menang tangan saya melayan pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi gerai yang mula dibuka sejak awal mingg­u ini.

“Kebanyakan pelanggan mencari durian premium seperti musang king dan duri hitam selain durian kampung,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Kedai Buluh, di sini semalam.

Menurutnya, durian musang king dan duri hitam dijual pada harga sehingga RM60 sekilogram, manakala durian kampung gred A pula dijual pada harga RM13 sekilogram.

Katanya, dia mengambil bekalan durian dari Lenggong, Perak memandangkan musim raja buah masih belum tiba di Terengganu.

“Peringkat awal ini saya bawa lima tan durian pelbagai gred dan jenis. Alhamdulillah sudah habis tiga tan dalam tempoh tiga hari sahaja,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, peniaga-peniaga durian kini tidak menang tangan apabila gerai mereka diserbu ramai penggemar raja buah itu setiap hari.

Ramai penggemar durian sanggup menunggu lebih awal sebelum gerai dibuka untuk membeli pelbagai jenis durian kerana bimbang kehabisan bekalan terutama durian ‘kayangan’ seperti musang king.

Berita berkaitan: Durian murah hanya untuk peminat sejati

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN