fbpx

Wanita rebah lihat mayat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noah Muhammad Nufail

JOHOR BAHRU – Seorang wanita rebah sebaik mengetahui ba­yinya yang berusia 10 bulan maut selepas dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini kelmarin.

Mangsa, Noah Muhammad Nufail Mohd. Nasir pada mula­nya dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah.

Bapa mangsa, Mohd. Nasir Samsuddin, 27, berkata, dia terkejut dan terkilan sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa bayinya itu.

“Saya mendapat tahu kejadian ini selepas kawan datang ke tempat kerja di Iskandar Puteri dan memaklumkan anak saya (Noah) terjatuh.

“Saya mengambil isteri dan bergegas ke klinik. Sebaik tiba di klinik, isteri saya rebah dan lemah sebaik melihat tubuh Noah dibaluti kain putih,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

 

Ahli keluarga Noah menunggu untuk menuntut mayat mangsa di Jabatan Forensik, HSA, Johor Bahru semalam.

 

Menurut jurujual itu, dia dan isterinya menghantar Noah bersama abangnya berusia dua tahun ke rumah pengasuh, seorang wanita berusia 32 tahun yang terletak di kawasan perumahan sama pada pukul 9 pagi.

Katanya, semasa dihantar bayinya kelihatan sihat dan cergas seperti biasa.

“Saya berasa terkilan kerana pengasuh tidak menghubungi kami memaklumkan perkara ini. Dia (pengasuh) beritahu, kami tidak dapat dihubungi.

“Pada mulanya saya dimaklumkan Noah terjatuh tetapi apabila tiba di klinik, dia (pengasuh) beritahu anak saya bangun tidur dalam keadaan sesak nafas dan lemah sebelum dibawa ke klinik,” katanya.

Pasangan itu dipercayai menggunakan khidmat pengasuh tersebut sejak dua tahun lalu.

Selain mangsa dan abangnya, wanita itu turut menjaga enam kanak-kanak lain termasuk seorang bayi berusia dua bulan.

Mohd. Nasir bagaimanapun reda dengan kehilangan anak­nya. Jenazah bayi itu dikebumikan di Parit Raja, Batu Pahat dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar memberi­tahu, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi menge­tahui punca kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI