fbpx
Inilah lima pemuda terkaya di dunia mengikut Forbes.

Lima anak muda terkaya di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIASANYA, seseorang itu akan bergelar bilionair pada usia 66 tahun.

Begitu pun, bagi sesetengah individu, kekayaan datang kepada mereka pada usia muda, sama ada hasil titik peluh dan usaha sendiri, atau kekayaan diwarisi daripada keluarga.

Minggu ini, Panorama menyenaraikan lima bilionair muda paling kaya di dunia seperti dilaporkan Forbes.

1. Mark Mateschitz, 31 tahun (AS$39.6 bilion)

Mark Mateschitz dari Austria dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$39.6 bilion (RM185.97 bilion).

Mateschitz mewarisi 49 peratus pemilikan syarikat minuman tenaga, Red Bull selepas bapanya, Dietrich Mateschitz yang merupakan pengasas jenama itu meninggal dunia pada 2022.

Red Bull menjana pendapatan berjumlah AS$11.6 bilion (RM54.48 bilion) pada tahun lepas dengan menjual 12.1 bilion tin Red Bull.

2. John Colison, 33 tahun (AS$7.2 bilion)

John Colison dari Ireland merupakan pengasas perisian bayaran, Stripe dan kini mempunyai kekayaan bernilai AS$7.2 bilion (RM33.81 bilion).

Pada 2007, John bersama abangnya, Patrick Colison menjual start-up pertama mereka iaitu Auctomatic pada harga AS$5 juta (RM23.48 juta). Ia merupakan permulaan kepada dua beradik itu,

sebelum mereka mengasaskan Stripe pada 2010 di San Francisco, Amerika Syarikat.
Pada 2016, Stripe dianggarkan bernilai AS$9.2 bilion (RM43.21 bilion), sekali gus menjadikan John sebagai self-made bilionaire termuda dunia, iaitu pada usia 26 tahun.

3. Leonardo Maria Del Vecchio, 28 tahun (AS$4.7 bilion)

Leonardo Maria Del Vecchio merupakan ketua pegawai strategi syarikat kaca mata terbesar dunia, EssilorLuxottica. Dia juga merupakan pemilik jenama kaca mata terkenal Ray-Ban.

Berasal dari Itali, dia mewarisi kekayaan daripada mendiang bapanya iaitu Leonardo Del Vecchio yang menghabiskan usia remajanya dengan bekerja sebagai pembuat bingkai cermin mata.

Kekayaan Leonardo Maria Del Vecchio dianggarkan bernilai AS$4.7 bilion (RM22.1 bilion).

4. Firoz Mistry, 27 tahun (AS$4.6 bilion)

Firoz Mistry dan abangnya, Zahan Mistry dari Ireland merupakan dua beradik berusia bawah 30 tahun terkaya dunia.

Mereka mempunyai kepentingan sebanyak 4.6 peratus dalam syarikat konglomerat India iaitu Tata Sons. Kekayaan mereka dianggarkan bernilai AS$4.6 bilion (RM21.6 bilion).

Firoz dan Zahan mewarisi kekayaan selepas bapa mereka meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku hanya tiga bulan selepas kematian datuk mereka yang juga merupakan Pengerusi Tata Sons.

5. Michal Strnad, 33 tahun (AS$3.2 bilion)

Michal Strnad dari Republik Czech merupakan anak kepada pemilik tempat pembuangan sampah peralatan perang Soviet.

Bapa Strnad kemudian mengubah suai perniagaan tersebut menjadi sebuah perniagaan bernilai AS$3.2 bilion (RM15.03 bilion) yang dinamakan Czechoslovak Group.

Strnad telah mengambil alih perniagaan tersebut dan kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Czechoslovak Group.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN