fbpx
GAMBAR disiarkan oleh Gerakan Bebaskan Korea Utara menunjukkan antara barangan diisi ke dalam belon yang dihantar ke Korea Utara hari ini. – AFP

Aktivis Korea Selatan hantar 10 belon propaganda ke Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Aktivis-aktivis Korea Selatan menghantar 10 biji belon sarat dengan risalah anti-Kim Jong-un ke dalam Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap hari ini, selepas Pyongyang menerbangkan beratus-ratus belon berisi sampah dan najis ke negara jirannya minggu lalu.

“Kumpulan pembelot Gerakan Bebaskan Korea Utara mengumumkan hari ini bahawa mereka melancarkan 200,000 risalah ke arah Korea Utara pagi ini,” demikian menurut Yonhap.

Yonhap melaporkan ketua kumpulan itu, Park Sang-hak sebagai berkata: “kami menggunakan 10 belon untuk menghantar 200,000 risalah dari Pocheon, dalam wilayah Gyeongi”.

“Belon-belon itu membawa pemacu kilat mengandungi muzik K-pop,” tambahnya.

Sekeping gambar yang disiarkan kumpulan itu menunjukkan seorang aktivis memegang sekeping poster besar memaparkan gambar Kim Jong-un dan adik  perempuannya, Kim Yo-jong.

“Musuh rakyat, Kim Jong-un menghantar sampah dan najis kepada rakyat Korea Selatan tetapi kami pembelot menghantar kebenaran serta kasih sayang kepada saudara kami, rakyat Korea Utara,” demikian menurut ayat pada poster tersebut.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol minggu ini menggantung perjanjian meredakan ketegangan yang dimeterai bersama Korea Utara dalam tahun 2018 sebagai tindak balas kepada penghantaran belon Pyongyang pada minggu lalu.

Langkah itu membolehkan Seoul mengadakan semula latihan tembakan peluru hidup dan memulakan kempen propaganda melalui pembesar suara yang dipasang di sepanjang sempadan dengan Korea Utara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN