fbpx
KUMARAN (tengah) bergambar bersama guru-guru pada Ceramah Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik di Kuala Nerus semalam. –PUQTRA HAIRRY ROSLI

Tiga guru kena tipu setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Guru merupakan antara golongan yang kerap menjadi mangsa sindiket scammer (penipuan) di negara ini dengan purata tiga orang terperdaya setiap hari.

Timbalan Pengarah (Pe­rancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Ke­selamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Kumaran Karuppannan berkata, berdasarkan statistik antara tahun 2021 hingga April lalu, seramai 3,132 guru menjadi mangsa sindiket penipuan.

Katanya, kerugian keseluruhan yang dialami warga pendidik akibat sindiket peni­puan ber­kenaan sepanjang tempoh dua tahun empat bulan tersebut dianggarkan lebih RM30 juta.

“Secara perinciannya, paling ramai 2,418 guru menjadi ­mangsa penipuan online sama ada menerusi e-mel, laman web dan media sosial.

“Mangsa penipuan berkaitan skim pelaburan palsu pula seramai 457 orang, manakala 257 orang menjadi mangsa kes penipuan menggunakan modus o­perandi menyamar pegawai bank, penguat kuasa dan mahkamah,” katanya ketika me­rasmikan program Ceramah Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik di sini semalam.

Program anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selama dua hari itu melibatkan 800 orang guru seluruh Terengganu.

Kumaran berkata, Beliau berkata, guru yang berusia 40 tahun ke atas dan pesara antara golongan yang kerap menjadi mangsa sindiket penipuan khususnya menerusi salam talian.

“Jumlah guru yang menjadi mangsa scammer agak besar dan membimbangkan.

“Statistik sejak tahun 2021 juga menunjukkan bilangan pendidik terjejas tidak berkurangan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Kumaran memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan turun padang menemui golongan sasaran iaitu guru bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap kes penipuan online.

Beliau berharap usaha PDRM itu dapat menyemai kesedaran dan kecelikan dalam kalangan warga pendidik agar tidak terus menjadi mangsa penipuan siber pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN