fbpx
Gambar hiasan

‘Kami tiada anak pun bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Walaupun sudah 24 tahun berkahwin, sepasang suami isteri berusia 48 tahun memilih untuk terus hidup berdua tanpa kehadiran cahaya mata.

Nazariah Hanum Muktar berkata, sebelum berkahwin, dia dan suaminya, Dandy Shahrizal Zulkafli sudah bersepakat untuk tidak memiliki zuriat kerana mahu memberi fokus antara sama sama lain.

“Pada awalnya kami merancang hidup berdua selama empat tahun, tetapi lama-kelamaan jadi selesa. Jadi kami memilih untuk hidup berdua sampai akhir ha­yat,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut suri rumah itu, mereka memilih untuk hidup berdua kerana tidak mahu terbeban dengan komitmen tambahan termasuk kos membesarkan anak.

Katanya, suaminya yang be­kerja sebagai pengurus logistik mempunyai masa terhad di rumah dan ia merupakan antara alasan mereka memilih untuk tidak mempunyai zuriat.

“Saya juga ada perasaan gelisah sejauh mana perkahwinan ini akan berkekalan, jadi kalau ada perkara tidak diingini berlaku, saya boleh hidup solo,” katanya.

Mempunyai pendirian sama, pasangan Muhamad Izzuddien Tamri, 40, dan isterinya, Maya, 37, yang mengakui pada awalnya kurang yakin dengan keputusan untuk tidak memiliki zuriat, namun apabila perkahwinan memasuki tahun kedua, kehidupan mereka lebih membahagiakan.

“Sebelum kahwin kami bincang soal zuriat, isteri trauma dengan bilik bedah kerana pernah terlibat kemalangan. Lagipun saya sendiri tidak sanggup lihat isteri tanggung kesakitan melahirkan anak.

“Alhamdulillah, kami makin bahagia kerana dapat fokus antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas mengenai persepsi keluarga, pegawai pemasaran itu memberitahu, mereka hanya tersenyum ketika ditanya tentang zuriat kerana sudah memi­lih jalan tersebut.

“Banyak yang perlu difikirkan jika ada anak. Alhamdulillah, kalau ada rezeki lebih, kami boleh pergi bercuti,” ujarnya.

Muhamad Izzuddien berkata, dia dan isteri merancang untuk tinggal di rumah orang tua sekiranya sudah tidak mampu me­nguruskan diri kelak.

Sementara itu, Puteri Aimy Diyana dan suaminya, Najeey Rifqee Hairul masing-masing berusia 24 tahun pula beranggapan memiliki anak memerlukan satu tanggungjawab besar dan bukan kehendak bagi setiap pasangan berkahwin.

“Keutamaan kami memiliki rumah berbanding anak. Kalau ada anak, macam-macam perkara yang perlu difikirkan dan memerlukan komitmen yang tinggi,” kata wanita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN