fbpx
SITI NUR ZARIFAH (kiri) menunjukkan keputusan SPM kepada ibunya, Che Rokisoh Saad, 52, di rumah mereka di Felda Jengka Satu, Maran semalam.

Bapa ‘pergi’ beberapa jam sebelum dapat 8A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkilan kerana bapanya tidak sempat melihat keputusan itu apabila meninggal dunia beberapa jam sebelum ia diumumkan.

Siti Nur Zarifah Zulkarnain, 18, yang mendapat keputusan 7A dan 1A+ membe­ritahu, ba­panya, Zulkarnain Md. Noor, 54, menghembuskan nafas terakhir di Felda Jengka Satu akibat komplikasi sakit jantung.

Katanya, kejayaan yang dicapainya itu adalah dorongan dan semangat daripada arwah bapanya selama ini.

“Walau sesibuk mana arwah ayah mencari rezeki halal buat keluarga, tetapi tetap meluangkan masa menziarahi saya di asrama puteri Sekolah Mene­ngah
Kebangsaan Jengka Pusat.

“Dorongan dan nasihat ayah menjadi azimat untuk saya le­bih fokus mencapai kecemerlangan dalam akademik dan juga sahsiah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bercerita lanjut, Siti Nur Zarifah berkata, Allahyarham bapanya ketika itu baru pulang menghantar kakaknya yang menghadiri temu duga di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Katanya, arwah yang menghidap kencing manis dan darah tinggi tiba-tiba rebah akibat komplikasi jantung, berkemungkinan disebabkan terlalu penat.

“Saya akan meneruskan hasrat arwah ayah supaya semua anak-anaknya memilih kerjaya sebagai pendidik yang disifatkan satu kerjaya mulia mendi­dik manusia menjadi pandai.

“Ayah juga berpesan agar anak-anaknya menjadi insan berguna kepada negara.

“Fokus saya pada masa ini adalah untuk mendapatkan tempat di mana-mana universiti tempatan dan pembiayaan pengajian kerana ibu merupakan suri rumah sepenuh masa dan menghidap penyakit barah,” ujar­nya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN