fbpx
Zamani (tengah) melihat tahi gajah yang ditinggalkan selepas merosakkan kelapa sawit pekebun di Kampung Teris, Hulu Terengganu semalam.

Rasa nak nangis, gajah suka sangat ceroboh kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seramai 15 pengusaha nanas dan kelapa sawit di sini, bagaikan putus asa apabila tanaman di kebun mereka acap kali dirosakkan gajah sejak tiga tahun lalu.

Mereka yang menetap di enam perkampungan berhampiran iaitu Kampung Teris, Chapu, Gerdong, Padang Setar, Ulu Sat dan Kuala Jeneris mendakwa me­ngalami kerugian keseluruhan RM600,000 sejak 2021 disebabkan serangan gajah.

Seorang pekebun, Zamani Yusof, 56, mendakwa, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja sudah empat kali kebun sawit dan nanas yang diusahakan mereka diceroboh kumpulan gajah berkenaan.

“Serangan terakhir berlaku pada Isnin lalu menyebabkan banyak anak pokok kelapa sawit yang baru saya tanam tiga bulan lalu musnah begitu sahaja.

“Rasa hendak menangis kerana anak pokok itu ditanam sebagai ganti kerosakan sama dilakukan kumpulan gajah di kawasan sama pada awal tahun ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Teris, di sini semalam.

Zamani mendakwa, serangan terbaharu tersebut menyebabkan modal RM54,000 yang dikeluarkannya untuk menanam semula dengan benih baharu pokok-pokok kelapa sawit terbabit lebur begitu sahaja.

Mohd. Shukri Majid, 45, pula mengakui kecewa dengan sera­ngan gajah sejak tahun 2021 itu yang tidak pernah berhenti walaupun sudah banyak kali diadukan kepada Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dia mendakwa, serangan kumpulan gajah terbaharu pada Isnin lalu itu menyebabkan banyak buah nanas yang menunggu masa matang gagal dituai.

“Kami sudah menggunakan pelbagai cara untuk menghalang gajah daripada memasuki kawasan kebun seperti membakar tayar dan memasang pagar tetapi semuanya gagal.

“Perhilitan mencadangkan agar memasang pagar elektrik tetapi kosnya terlalu tinggi dan di luar kemampuan kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN