fbpx
Gambar hiasan.

Iklan scam pelaburan di media sosial, salah siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kes penipuan di pelbagai platform media sosial ketika ini bagai menjadi satu barah yang sukar untuk dibendung.

Saban hari ada sahaja rakyat di negara ini yang terjerat dengan taktik penipuan ini sehingga mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terjerat dengan sindiket penipuan atau scam pada tahun 2023 sahaja mencecah RM1.218 bilion melibatkan sebanyak 34,497 kes.

Sudah pasti ia merupakan satu angka yang besar dan perlu segera ditangani supaya tidak berterusan.

Antara faktor yang menyebabkan orang ramai mudah terjerat dengan kes-kes penipuan tersebut ialah berleluasanya iklan-iklan pelaburan palsu di laman penyedia platform yang menjanjikan kelebihan dan keuntungan yang tidak masuk akal.

Akibatnya, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang terperdaya dengan iklan-iklan yang tertera janji manis tersebut.

Maklumlah mereka ditawarkan keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat, siapa tak mahu kan! Namun akhirnya mereka terjerat dengan taktik licik si penipu tersebut.

Bagaimanapun, apa yang kita ingin persoalkan ialah mengapa iklan-iklan palsu yang terpapar di penyedia-penyedia platform yang mempunyai nama besar dan memiliki reputasi yang hebat itu boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Tidak bolehkah pihak berkuasa bertindak ke atas penyedia-penyedia platform ini jika mereka berterus-terusan membiarkan elemen-elemen penipuan itu terpampang di platform mereka?

Itu belum lagi kita kupas mengenai kegiatan perjudian online, love scam dan sebagainya yang secara terang-terangan menyalahi peraturan negara.

Cuba bayangkan, jika mana-mana media tempatan menyiarkan iklan berbentuk penipuan di dada-dada akhbar atau laman web milik mereka.

Apakah mereka tidak akan dikenakan tindakan? Maka tindakan yang sama harus dikenakan terhadap penyedia platform ini.

Saya pasti pihak berkuasa sedar mengenai permasalahan ini dan mereka sedang dalam usaha untuk menyediakan undang-undang yang sesuai.

Ini bagi membolehkan tindakan menerusi saluran perundangan dapat diambil terhadap mana-mana penyedia platform melakukan kesalahan ini.

Paling penting, setiap platform media sosial yang beroperasi di negara ini seharusnya mesti mengikut acuan negara dan pihak berkuasa boleh mengawalnya melalui undang-undang.

Mereka bukan sahaja perlu buang segala bentuk iklan-iklan pelaburan berbentuk penipuan di platform masing-masing, malah mereka mesti bertanggungjawab ke atas setiap aspek negatif yang terpapar termasuk judi online serta apa jua aktiviti scammer yang terkandung di platform mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN