fbpx

Penjarakan pemandu lori ancam nyawa pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Berpuluh-puluh kenderaan tersadai di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) pada 29 April lalu akibat serpihan besi yang jatuh daripada sebuah lori membawa muatan besi skrap.

Kejadian itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengalami kerugian, malah berhadapan dengan risiko kemalangan akibat kecuaian kenderaan berat berkenaan.

Hakikatnya kejadian muatan kenderaan berat yang jatuh kerana membawa muatan lebih bukan perkara baharu.

Tanya sahaja kepada pengguna jalan raya sudah tentu mereka pernah melihat kenderaan berat membawa muatan berlebihan dan berbahaya yang berlaku saban hari dan berterusan.

Sudah tentu ada pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak polis yang bertindak. Namun ia bagaikan tidak memberi kesan apabila ada sahaja kenderaan berat membawa muatan lebih dan berbahaya.

Persoalannya kenapa keadaan ini berterusan, mungkinkah perlu pemantauan yang lebih kekemalanganrap atau pun hukuman yang lebih berat?

Dengan hanya sekadar kompaun ratusan ringgit mungkin tidak menggerunkan pemandu dan pemilik kenderaan ini yang berasakan keuntungan mereka lebih besar jika dikenakan kompaun.

Malah tidak semua kenderaan yang dikompaun akan disita dan tidak semua ‘pesalah’ dihadapkan ke mahkamah menyebabkan mereka memandang enteng.

Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Teik Hua berkata, hukuman yang ringan menyebabkan pemandu dan pemilik kenderaan berat tidak gentar untuk terus melanggar peraturan ditetapkan.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan mereka tidak peduli dengan bayaran denda di sebalik keuntungan besar.

“Jadi hukuman kena dilihat semula, bukan sahaja meningkatkan denda, tetapi mesti kena masuk mahkamah, bukan bayar saman sahaja tetapi kenderaan juga perlu disita supaya mereka rasa kos yang perlu ditanggung adalah berat dan mereka akan patuh peraturan,” katanya.

Di bawah Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi kenderaan yang tidak mematuhi berat kenderaan dibenarkan dikenakan kompaun maksimum RM300, manakala bagi yang didakwa di mahkamah mengikut Rule 19 LN 166/59 yang boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.

Menurut Teik Hua, fenomena kenderaan berat yang membawa muatan lebih dan dan tidak mengikut peraturan peraturan ditetapkan sering berlaku di jalan-jalan raya di negara ini.

Katanya, isu itu perlu diberi perhatian kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan jalan raya tetapi yang paling penting boleh menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Isu kenderaan berat membawa muatan lebih dan berbahaya terus berlarutan di mana sahaja di negara ini dan tindakan tuntas perlu dilakukan khususnya pemantauan dan hukuman yang lebih berat.

Janganlah hanya sekadar kompaun yang tidak seberapa tetapi tingkatkan kompaun yang tinggi serta sita kenderaan dan bawa mereka ke mahkamah. Malah mungkin wajibkan hukuman penjara yang lebih menakutkan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN