fbpx

Rafah makin ‘hilang’ dari peta, air mata Siti Nurhaliza gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Siti Nurhaliza masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah di Rafah bagi mendapatkan perkembangan terkini murid dan petugas.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.

Kongsi Siti, 45, hanya doa mengiringi agar keajaiban berlaku untuk rakyat Palestin yang kini berjuang di Rafah.

“Mereka di Rafah dan keadaan memang tidak selamat. Jadi kita berdoalah.

“Setiap masa saya melihat hantaran kejadian ini, saya tidak boleh menahan sebak dan tidak tahu nak buat apa.

“Kita semua doakanlah semoga berlaku keajaiban kerana daripada Allah sahaja kita minta benda ini cepat berakhir,” luahnya sambil mengalirkan air mata.

Dalam masa sama, pelantun lagu Menyapa Dunia itu mengakui masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad untuk mengetahui perkembangan terkini murid dan petugas sekolah tersebut.

“Macam semalam Dr. Mohanad sentiasa memberi info menerusi WhatsApp. Dalam Instagram pun saya lihat memang keadaan tidak selamat sangat untuk mereka.

“Seperti yang kita sedia maklum, Israel memang menyerang Rafah ketika ini di mana tempat mereka menetap,” katanya.

Pertempuran Gaza sekali lagi menyerang rakyat Palestin yang berlindung di Rafah sekali gus mengorbankan 19 orang, Isnin lalu.

Terdahulu, Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa membina sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021.

Menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak di Palestin sejak Oktober 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI