fbpx

Ayah tak makan 4 hari demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainuddin rela tak makan demi membahagiakan dan menunaikan segala permintaan anaknya yang sakit itu. - TIKTOK @donnyrapu

JAKARTA – Tindakan seorang ayah yang sanggup tidak makan selama empat hari demi anaknya yang menghidap penyakit leukemia tular di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi satu rakaman video, si ayah dikenali sebagai Zainuddin itu dilihat menemani anak perempuannya yang sedang menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran makanan segera.

Namun, dia tidak makan bersama kerana wang perbelanjaannya cukup untuk membeli satu set nasi ayam sahaja.

Lebih menyentuh perasaan apabila dia rela berlapar demi membahagiakan dan menunaikan segala permintaan anaknya yang sakit.

Rata-rata netizen tersentuh hati menonton rakaman tersebut.

“Siapa yang menangis sila berkumpul di sini. Saya sungguh menghormati  ayahnya. Doa yang terbaik untuk kamu,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI