fbpx
Jabatan Insolvensi menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat.

Individu muflis masih ada peluang perbaiki diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mereka yang diisytihar muflis masih mempunyai peluang untuk bangkit se­mula dan meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, M. Bakri Abd Majid berkata, terdapat terlalu banyak salah faham mengenai tugas sebenar Jabatan Insolvensi sehinggakan ada pihak yang takut untuk melaporkan diri setelah diisytiharkan bankrap.

Tegas beliau, muflis bukanlah selama-lamanya dan individu yang merujuk kepada Jabatan Insolvensi berpeluang untuk dilepaskan daripada kebank­rapan jika mereka mempunyai sikap dan kelakuan baik sepanjang tempoh pentadbiran kebankrapan.

“Tidak dinafikan, ada yang takut untuk datang ke Jabatan Insolvensi kerana ‘termakan’ dengan kata-kata orang lain, ko­nonnya tugas kami adalah untuk mengutip hutang dan segala aset akan diambil untuk melangsaikan hutang tersebut. Ini adalah satu salah faham.

“Apabila seorang individu diisytihar bankrap, segala aset dan harta mereka terletak hak kepada Ketua Pegawai Insolvensi (KPI). Peranan utama jabatan adalah untuk mentadbir harta mereka yang diisytihar muflis ini supaya mereka boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Malah, kami juga tidak pernah soal siasat mana-mana individu yang datang ke pejabat (insolvensi) dan tanya apa yang mereka lakukan dengan duit yang dipinjam. Ini bukan tugas kami,” jelasnya.

Menurut M. Bakri, seseorang individu diisytihar muflis apabila gagal menyelesaikan hutang kepada pemiutang dengan jumlah had minima kebankrapan sebanyak­ RM100,000 ke atas.

“Namun, mereka yang muflis ini bukannya perlu me­langsaikan hutang tersebut menggunakan kesemua harta mereka.

“Jabatan Insolvensi akan mentadbir harta mereka untuk diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan tuntutan melalui Borang Bukti Hutang (BBH),” ujarnya.

Jelasnya, Jabatan Insolvensi akan terlebih dahulu mengambil kira komitmen individu seperti sewa rumah, belanja harian dan bil yang perlu dibayar sebelum menentukan jumlah sumbangan yang perlu dibayar setiap bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN