fbpx
Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur antara tempat tumpuan warga asing semasa cuti sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Luahan Pembaca: ‘Kiri kanan, penuh dengan warga asing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAURARA PENGARANG,

BARU-BARU ini banyak sekali rakaman video suasana sekitar KLCC yang tidak ubah seperti di Dhaka akibat dibanjiri ramai pekerja Bangladesh.
Pekerja asing dari negara lain juga ada kawasan perjumpaan masing-masing.

Situasi di Kuala Lumpur yang mana lokasi seperti Jalan Silang, Bukit Bintang dan Pudu seolah-olah berada di Bangladesh terutamanya pada hari cuti hujung minggu.
Ketika cuti raya, lagi teruk keadaannya. Langsung tidak kelihatan warga Malaysia di lokasi ini.

Saya akui memang tidak salah untuk mereka berjumpa rakan taulan menyambut hari raya bersama tetapi keadaan sekarang dirasakan makin lama makin serius.

Banyak kali sudah pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat operasi membanteras aktiviti tidak bermoral dan gejala sosial seperti pelacuran di Jalan Petaling dan sekitarnya kerana pelanggannya sentiasa ada dalam kalangan pekerja asing.

Jangan ambil mudah isu gejala sosial yang antara lain berpunca daripada kebanjiran lelaki asing di negara kita.

Selain gejala sosial, kehadiran warga asing di tengah kota juga membuka peluang kepada rakan negara mereka menyewa lot kedai kerana dapat berjual beli sesama sendiri.

Mereka selamba sahaja menjaja sireh di tepi jalan. Sudah banyak kerajaan diterajui parti berbeza sebut mengenai rancangan pengurangan pekerja asing tetapi nampaknya makin ramai dari tahun ke tahun terutama Mat Bangladesh dan Mat Nepal.

Jika begini keadaanya, buatlah sesuatu bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dalam kalangan warga asing.

RAKYAT AMBIL BERAT,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN