fbpx
NORRIDA bersama tiga cucunya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Daching, Ulu Beranang, Lenggeng, Seremban baru-baru ini.

Jaga tiga cucu seperti zuriat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita cekal menjaga tiga cucu perempuannya berusia empat hingga 10 tahun sejak mereka kecil lagi biarpun dia sendiri hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Lebih menyedihkan, suami yang menjadi tempat bergantung pula meninggal dunia pada hari raya ketiga baru-baru ini akibat diserang sawan.

Norrida Harun, 58, berkata, ibu bapa tiga kanak-kanak itu berpisah, jadi dia mengambil tanggungjawab membesarkan mereka.

“Saya dan suami menjadi tempat tiga cucu ini mendapat kasih sayang. Memang saya yang membesarkan mereka sejak kecil lagi, mereka ibarat seperti anak sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Da­ching, Ulu Beranang, Lenggeng, di sini baru-baru ini.

Menurut Norrida, dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan belas ihsan anak-anak yang lain untuk membantunya.

“Sebelum ini arwah suami menjual buah, namun hilang sumber pendapatan selepas dia jatuh sakit kerana darah tinggi dan sawan pada 2018.

“Pada hari raya ketiga baru-baru ini suami menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tiada pendapatan tetap, saya sedaya upaya meme­nuhi keperluan mereka. Pada Aidilfitri tahun ini saya menjahit baju raya untuk mereka.Itu sahaja yang saya mampu. Sekurang-kurang mereka dapat rasai kemeriahan berhari raya walaupun dalam keadaan sederhana,” katanya.

Tambah wanita itu, tiga cucunya itu tidak pernah meminta apa-apa pada musim perayaan kerana memahami keadaannya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumba­ngan ke akaun Maybank atas nama Norrida bernombor 1550-8722-3359.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN