fbpx
Sebahagian anak, cucu serta cicit Abdullah dan Ramlah membakar lemang sebaik tiba di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu semalam.

11 anak, 34 cucu, 4 cicit ‘berkampung’ rai Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Aidilfitri buat warga emas tahun ini cukup meriah apabila 60 individu yang terdiri daripada anak, menantu, cucu dan c icit akan beraya di rumah mereka di Kampung Surau Panjang di sini esok.

Sehubungan itu, Abdullah Md. Amin, 80, dan isterinya, Ramlah Amin, 76,  telah bersiap sedia dengan pelbagai bahan untuk dengan pelbagai bahan untuk memasak menu raya seperti nasi dagang, nasi minyak, ketupat, nasi minyak, ketupat palas, lemang dan rendang untuk dimakan pada pagi Aidilfitri.

Abdullah berkata, rumah mereka akan dipenuhi 34 cucu, empat cicit dan 11 anak bersama pasangan masing-masing tahun ini. Seorang lagi anaknya tidak balik kerana giliran beraya di rumah mentua pada tahun ini.

“Situasi ini hanya terjadi selang dua tahun sekali kerana mereka mempunyai jadual giliran untuk beraya di rumah mentua.

“Setiap kali berkumpul, sekurang-kurangnya 60 orang akan berada di rumah ini. Semua ruang penuh bukan sahaja bilik tidur, malah ruang tamu, tandas, bilik mandi, dapur dan halaman rumah,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Abdullah, dia dan isteri sangat menghargai kepulangan anak cucu mereka secara serentak kerana ia bagai mengi­ngatkan kembali kenangan ketika mereka kecil.

Tambahnya, bertambah manis apabila kesemua anaknya pulang bersama keluarga kecil masing-masing.

“Kebanyakan anak saya menetap di Perak, Melaka, Kuala Lumpur, Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman. Walaupun agak sesak, kesemua anak cucu akan tetap bermalam di rumah saya sepanjang cuti Aidilfitri,” katanya.

Ujar Abdullah, tradisi itu me­ninggal kenangan yang sangat manis untuk keluarga besar mereka.

“Anak cucu semua seronok dapat berjumpa sepupu yang ramai, kemeriahan di rumah ini sama macam iklan-iklan komersil ditayangkan di televisyen dan media sosial setiap kali Aidilfitri.

“Masing-masing pun sudah tahu jadual memasak, mandi, gosok baju, bantu penyediaan juadah agar sambutan Aidilfitri berjalan lancar dan menyeronokkan,” katanya.

SEBAHAGIAN anak, cucu serta cicit Abdullah dan Ramlah membakar lemang sebaik tiba di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu semalam

Mengimbau semula bagaimana dia membesarkan 12 anak, Abdullah berkata, dia memperoleh pendapatan dengan menjual ikan di samping dibantu isterinya berniaga ketupat palas.

Dalam pada itu, dia berkata, anak menantunya juga akan menyediakan pelbagai hidangan bagi memenuhi selera 60 orang ahli keluarga besarnya.

“Memang macam kenduri-kendara sebab pelbagai lauk, kuih-muih, pencuci mulut dan air ada disediakan untuk dimakan sendiri dan dihidangkan kepada tetamu bertandang.

“Dari segi perbelanjaan pula, anak-anak akan menyumbang dari aspek kewangan mengikut kemampuan masing-masing dan setakat ini semuanya sangat harmoni tanpa perbalahan. Saya harap kasih sayang mereka akan kekal bertaut hingga ke syurga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN