fbpx
SAIZ GLC terbaharu lebih panjang iaitu 60 milimeter daripada generasi terdahulu.

GLC 300 generasi terkini lebih panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA tahun lalu, Mercedes- Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan generasi kedua kenderaan utiliti sukan (SUV) GLC iaitu model paling laris mereka.

Ketika dilancarkan, hanya satu varian ditawarkan iaitu GLC 300 4MATIC sebelum versi coupe pula ditawarkan beberapa bulan kemudian.

Penulis difahamkan, generasi kedua GLC ini 60 milimeter (mm) lebih panjang daripada sebelum ini, manakala lebarnya 1,890 mm dan jarak antara roda lebih 15 mm menjadikan 2,888 mm. Bagaimanapun, binaannya lebih rendah sedikit berbanding generasi terdahulu dengan ketinggian kurang 4 mm menjadikan tingginya 1,640 mm.

Rekaan luaran dengan kemasan AMG Line nampak lebih kemas berbanding sebelum ini sekali gus menyerlah gaya premium bersesuaian dengan statusnya sebagai SUV Segmen C Premium.

Reka bentuk AMG Line yang ekspresif menambah sentuhan sporty dan eksklusif pada penampilan luaran.

Badan SUV ini ditonjolkan dengan reka bentuk permukaan berkontur jelas dan menampakkan rupanya yang lebar.

Fender flare (pelapik) seragam warna badan tidak hanya menonjolkan ketegapan kenderaan tetapi juga memperlihatkan ruang roda yang berotot secara tidak langsung mencipta keseimbangan antara keanggunan dan prestasi off-road.

GLC baharu ini dilengkapi dengan rel bumbung aluminium yang turut mampu menonjolkan karakter pemiliknya.

Fender flare (pelapik) seragam dengan warna badan menonjolkan ketegapan kenderaan, manakala rel bumbung aluminium menyerlahkan karakternya.

Antara kemasan AMG Line pada model ini merangkumi apron depan AMG dengan salur udara yang sporty dan elemen trim krom bersama apron belakang AMG yang menyerupai peresap.

Selain itu, model ini turut menggunakan rim AMG bersaiz 20 inci.

Memandangkan model ini lebih panjang, jadi ruang simpanan barang juga lebih luas iaitu bersaiz 620 liter.

Masuk ke ruang kabin, ia nampak sama seperti model sedan C-Class dengan dilengkapi skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infotainment bersaiz 11.9 inci berserta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bumbung panoramik suria pula memberikan suasana yang terang dan menyenangkan pada ruang dalam kabin.

Penggunaan sistem audio premium Burmester memberikan alunan bunyi yang tersendiri sambil melayan lagu Spotify terutama ketika balik kampung.

GLC 300 4MATIC ini hadir dengan enjin 2.0 liter turbo dengan transmisi sembilan kelajuan automatik (9G Tronic). Kombinasi itu mampu hasilkan kuasa maksimum 258 hp dan tork tertinggi 400 Nm. Ia juga dibantu oleh sistem hibrid 48 voltan yang hasilkan kuasa 22.8 hp dan tork 200 Nm.

Kadar pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.2 saat. Kelajuan maksimumnya mampu mencecah 240km/j.

Kesimpulannya model-model GLC ini sememangnya berupaya memikat hati pembeli kerana rekaan menarik yang ditawarkan.

Dari segi pemanduan pula, kuasa yang ditawarkan itu sudah cukup untuk menggerakkan SUV ini secara mudah dengan aura mewah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN