fbpx
Pekerja Ali sedang memunggah buah tembikai yang dituai di ladanya di Kampung Telaga Papan, Setiu semalam.

Tauke tembikai senyum lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Cuaca panas pada bulan Ramadan ini memberi rezeki buat seorang pengusaha tembikai apabila 70 tan hasil buahnya berjaya dijual di Kampung Telaga Papan di sini.

Ali Abd. Ghani, 56, berkata, baki hampir 30 tan buah tembikai yang menunggu masa untuk matang di ladangnya seluas 4.05 hektar juga sudah ditempah pelanggan walaupun masih belum dituai.

“Buah tembikai yang saya tanam sejak akhir Januari lalu sudah mula boleh dituai selepas 75 hari.

“Harga ladang pada masa ini agak baik iaitu RM2 sekilogram,” katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang tembikainya di Kampung Telaga Papan di sini semalam.

Ali berkata, cuaca panas pada bulan Ramadan ini seakan memberi rahmat kepadanya ekoran telah melonjakkan permintaan buah tembikai.

Begitupun, beliau memberitahu, petani tembikai di Terengganu tetap menghadapi sengit daripada pengusaha Kelantan bagi penguasaan pasaran.

“Apapun Alhamdulillah rezeki tahun ini lebih murah berbanding tahun lalu kerana pada masa itu harga jatuh ekoran lambakan buah tembikai.

“Saya juga pernah kerugian besar pada dua tahun lalu apabila ladang tembikai yang menunggu masa dituai ditenggelami banjir luar jangka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN