fbpx

Martinelli beri sinar baharu The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan sedia menjadi nadi dalam skuad bimbingan Arteta selepas ini.

LONDON – Jentera serangan Arsenal kembali ‘bersinar’ selepas penyerang muda sensasi, Gabriel Martinelli kembali cergas sepenuhnya selepas lebih enam bulan diketepikan ekoran kecederaan lutut yang serius.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Brazil berusia 19 tahun itu telah membuat kemunculan pertama musim ini dan diturunkan untuk mewakili skuad Arsenal bawah 21 (B-21) pada aksi menentang AFC Wimbledon awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Martinelli yang beraksi selama 45 minit pada perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 0-3 itu di­jangka tidak sempat untuk buat kemunculan pada aksi terakhir Liga Europa menentang pasukan Republik Ireland, Dundalk awal pagi esok.

Martinelli berkata, kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan untuk memberinya peluang minit permainan bersama skuad remaja sangat dihargai dalam usaha mendapatkan kembali kecergasan.

“Saya sangat gembira apabila dapat kembali beraksi secara kompetitif di atas padang selepas berehat agak lama. Ia bukan sesuatu yang mudah secara fizikal dan mental tetapi pegawai perubatan dan fisioterapi pasukan banyak memudahkan proses pemulihan yang saya alami,” katanya.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dijangka merombak kembali kesebelasan utama pada aksi bertemu Dundalk dengan memberi ruang buat barisan pemain muda selepas menyaksikan pasukannya tewas kepada Tottenham Hotspur awal pagi Isnin lepas.

Bagaimanapun, dua pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini iaitu David Luiz dan Thomas Partey tidak akan terbang ke Republik Ireland kerana masih dalam fasa pemulihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI