fbpx
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Sukan Komanwel rancak industri pelancongan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBUT sahaja Sukan Komanwel, perkara terlintas di fikiran rakyat Malaysia adalah kemeriahan penganjurannya di Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah kepada temasya sukan berprestij itu pada September 1998.

Tanpa kita sedar, sudah 26 tahun ia berlalu. Temasya empat tahun itu pastinya terpahat sebagai kenangan manis yang tersemat rapi dalam diri setiap yang lahir pada era 90-an.

Sukan Komanwel menjadi detik bersejarah buat Malaysia apabila ia dibuka secara rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil dan stadium kebanggaan negara yang dibina khas untuk Sukan Komanwel itu kini masih gah berdiri sehingga kini.

Kini, Malaysia berpeluang untuk menganjurkan temasya sukan berprestij itu apabila Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah pada 2026 bagi menggantikkan Victoria, Australia yang membuat keputusan menarik diri atas faktor kos penganjuran yang terlalu tinggi.

Lebih menarik, CGF juga dikatakan turut menawarkan pelaburan kewangan kepada Malaysia menjangkau 100 juta pound kira-kira RM601 juta untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026.

Tidak salah kita merebut peluang tersebut, namun Malaysia seharusnya melakukan perancangan lebih rapi dan teliti untuk menilai adakah negara ini benar-benar bersedia untuk menganjurkannya terutama memberi impak kepada pelaburan negara.

Jangan kerana sifat terburu-buru, ia akan beri kesan di kemudian hari yang akhirnya mendatangkan masalah kepada ekonomi negara.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Basri Rashid, penganjuran sukan antarabangsa sememangnya mampu merancakkan industri pelancongan secara keseluruhan, sekali gus mampu memperkukuh pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung.

“Kalau melibatkan acara sukan antarabangsa, ia pastinya memberi kesan yang positif kepada industri pelancongan kerana temasya sukan itu juga dapat mengundang kedatangan pelancong yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

“Penyertaan bukan sekadar kehadiran atlet sahaja, malahan penyokong dari setiap negara akan membanjiri Malaysia, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada sektor industri perhotelan, penerbangan, pengangkutan dan juga ekonomi setempat seperti makanan dan minuman.

“Penganjuran sukan antarabangsa sedikit sebanyak dapat me­nyuntik kelahiran semula sektor pelancongan domestik yang pernah kelam dan hampir ternoktah sebelum ini gara-gara penularan Covid-19.

“Penganjuran sukan antarabangsa bukan sekadar meningkatkan ekonomi, malahan dapat memberi imej yang baik dan meletakkan Malaysia di peta dunia sekali lagi,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, Basri turut menegaskan agar kerajaan perlu melakukan kajian teliti terutama mengenai bajet yang akan dikeluarkan negara sama ada ia mampu memberi pulangan setimpal kepada ekonomi negara atau tidak.

Pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan sama ada Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibuat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN