LONDON – Sebuah restoran makanan Jepun menyelar sikap seorang pesohor media sosial yang marah selepas dia tidak dibenarkan makan secara percuma di premis tersebut, lapor laman berita Manchester Evening News semalam.
Restoran Lucky Ramen and Sushi di Jalan Blossom, Manchester, pada awalnya berkongsi tangkap layar memaparkan mesej daripada pesohor wanita yang tidak didedahkan tersebut, baru-baru ini.
Dalam mesej itu, wanita berkenaan meminta pihak restoran memberi makanan percuma kepada dia dan teman lelakinya sebagai pertukaran untuk mendapatkan promosi daripada hantaran media sosial.
Sebagai maklum balas, restoran itu berkongsi mesej tersebut di akaun media sosialnya.
Ia menulis: “Satu lagi DM (mesej secara terus) mendebarkan daripada ‘superstar’ yang meminta makanan percuma sebagai pertukaran untuk siaran Instagram.
“Kami gembira kerana anda menghargai makanan kami. Namun, kami lebih menghargai pelanggan yang membuat bayaran,” kata restoran tersebut.
Hantaran itu menyebabkan pesohor wanita berkenaan berang lalu dia membalas hantaran itu dengan berkata: “Kami pergi ke mana-mana sahaja yang kami mahu, makan apa yang kami mahu dan akhir sekali, semuanya percuma! Siapa yang rugi sekarang?”
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memihak kepada restoran tersebut.
“Maaf, restoran itu menerima tempahan penuh. Mereka tidak memerlukan liputan anda. Kami semua beratur untuk mendapatkan meja,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
‘Influencer’ berang tidak diberi makan percuma di restoran
- Oleh KOSMO!
- 3 Mac 2024, 7:00 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Wanita pamer emas ‘gajah’, wang seguni
9 November 2026, 6:00 pm

[VIDEO] Rider intai wanita dalam tandas Bukit Bintang direman
9 November 2026, 5:46 pm

Zaiton wanita Melayu pertama dilantik Presiden ACCA
9 November 2026, 11:02 am

‘Semoga akak masuk syurga asbab belanja kami makan’
7 November 2026, 12:24 pm

Wanita maut, kereta langgar penghadang jalan di Tanjung Malim
7 November 2026, 11:22 am

[VIDEO] Wanita tarik keluar biawak masuk restoran
6 November 2026, 3:25 pm

Mitos kanser payudara banyak tidak tepat
6 November 2026, 11:30 am

Adakah keguguran perlu mandi wajib?
6 November 2026, 11:01 am








