fbpx
AZEEM sudah tidak sabar untuk memulakan saingan 100m dalam misi mencapai sasaran 10s agar layak merit ke Olimpik Paris 2024. – azeem fahmi

Misi Azeem cetak masa 10 saat bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi kini sudah bersedia untuk me­mulakan misi memburu kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung Julai depan.

Menerusi ciapan di laman sosial miliknya, Azeem memberi gambaran bahawa masa sudah tiba untuk dia mengalihkan fokus terhadap aksi kelayakan selepas mengharungi lima perlumbaan tertutup sebelum ini.

Onto outdoor season,” tulis pelari pecut berusia 20 tahun itu yang merupakan pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan menerusi catatan masa 10.09 saat (s), sekali gus memberi gambaran dia akan memulakan pemburuan ke Olimpik Paris.

Bagaimanapun, Azeem berdepan tugas cukup mencabar apabila perlu melakukan catatan masa 10.00s sekiranya mahu melayakkan diri secara merit ke temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Jika berjaya melakukannya, Azeem bukan sahaja akan melayakkan diri ke Olimpik Paris, malah dia juga bakal memperbaharui rekod 100m kebangsaan yang dipegangnya ketika ini.

Selain catatan masa 10.00s, Azeem juga boleh memburu kelayakan menerusi kedudukan ranking sekiranya berada dalam kelompok 48 terbaik dunia.

“Pada ketika ini, Azeem menjalani latihan dengan cukup baik. Saya sangat gembira ­dengan perkembangan yang ditunjukkan,” jelas jurulatihnya, Ken Harnden.

Terdahulu, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menyertai tiga kejohanan dalam dewan iaitu Jemputan Razorback, Jemputan Clemson Tiger Paw dan Kejohanan Tertutup SEC bagi acara 60m.

Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu melakukan catatan terbaik 6.65s sewaktu Jemputan Clemson Tiger Paw pada 9 Februari lepas, hanya dibezakan 0.02s dengan rekod kebangsaan ­miliknya dalam acara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN