fbpx
TEMPOH 12 tahun mengauli dunia hiburan sebagai lubuk rezeki, si cantik Emma Maembong ibarat alah bisa tegal biasa mendepani apa juga tnah mahupun kecaman yang cuba meranapkan reputasinya

Emma Maembong ‘langgar’ perintah suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUDAH menjadi lumrah anak seni, setiap percikan glamor yang tumpah ke tubuh, mereka tidak boleh lari daripada kisah tidak enak, termasuk gosip berunsur fitnah.

Pelakon jelita Emma Maembong juga tidak terkecuali apabila sering terpalit cerita sensasi sejak menceburkan diri dalam bidang seni, 12 tahun lalu.

Satu demi satu kontroversi yang menjerat namanya ada baik dan buruk, namun baiknya juga Emma menjadi kalis malah menganggap dirinya dan fitnah upama ‘sahabat baik’ yang tidak boleh dipisahkan.

Pujian boleh diberikan kepada pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail itu setiap kali berdepan dakwaan liar, wanita berusia 32 tahun itu bersikap tenang dan tidak cepat melatah.

Emma bertegas tidak akan melenting dengan cerita-cerita panas yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu tentang dirinya.

Katanya, melayan gosip murahan hanya satu perbuatan membuang masa.

BERTUBI-TUBI diserang fitnah, Emma tetap bersyukur kerana segala tuduhan liar tidak pernah menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami.

‘Bersahabat’ dengan fitnah

Terbaharu, namanya kembali memanas apabila timbul dakwaan, kononnya Emma bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar, terlibat dengan aktiviti tidak bermoral iaitu ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan untuk tujuan seks.

Emma ketika ditemui HibGlam baru-baru ini hanya mampu ketawa, seakan-akan terhibur apabila namanya dipetik netizen sebagai artis berstatus ibu dan berkulit cerah yang dikaitkan terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Orang nak cakap saya macam-macam. Kalau tiada kena mengena, buat apa saya respons?

“Saya tidak akan layan pun. Saya tidak melatah sebab tuduhan itu memang tidak benar,” katanya tenang.

Sedar namanya dijadikan bahan percakapan, Emma memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut kerana enggan anak-anaknya terganggu dengan cerita kurang enak, terutama apabila mereka meningkat dewasa dan sudah pandai membuat carian dalam internet.

Kata Emma, dia sudah ‘kebal’ dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sejak bergelar artis belasan tahun lalu.

“Saya sudah ada anak. Jadi saya tidak mahu nanti anak membesar dan baca berita tidak elok tentang ibu mereka.

“Kalau perkara itu benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.

“Banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dahulu lagi. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak sebaik mungkin terpalit dengan macam-macam cerita.

“Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya saya dengan fitnah sudah seperti best friend (kawan baik),” ujarnya sambil ketawa.

IBU kepada dua orang cahaya mata ini teruja apabila bakal muncul dalam sebuah filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 arahan pengarah berkaliber, Pierre Andre

Suami faham

Biarpun bertubi-tubi diserang fitnah, Emma tetap bersyukur kerana tuduhan tersebut tidak menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, malah masih terjaga dan bahagia.

Disoal respons suaminya tentang isu tuduhan tersebut, pelakon drama One Million Voice itu pernah mengingatkan lelaki itu supaya bersedia dengan risiko apabila bernikah dengan seorang wanita berstatus selebriti (pelakon).

“Ketika kami merancang untuk berkahwin, saya cakap terus terang dengan suami, bahawa dia akan bernikah dengan seorang pelakon.

“Bila ada gosip yang tular, jangan cepat melatah. Tapi kadang-kadang dia geram juga, namun saya cakap padanya, jangan balas,” kata Emma.

Sama juga dengan kegiatannya sebagai pelakon, apabila Emma ada mengingatkan suaminya tentang jadual kerjanya yang sentiasa sibuk menjalani penggambaran.

Kata pelakon kacukan Melayu-Irish itu, selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata, suaminya ada meletakkan syarat untuk dia bekerja hanya dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Atas dasar kerja, Emma bagaimanapun terpaksa ‘melanggar’ perintah tersebut.

Demi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bidang yang diceburi, Emma juga mendedahkan telah kembali bekerja meskipun masih dalam pantang selepas melahirkan anak keduanya pada 10 Mei lalu.

EMMA mengakui, sejak melahirkan anak kedua pada Mei tahun lalu, sampai hari ini dia masih belum menikmati apa itu makna cuti.

Bawa anak masuk set penggambaran

“Selepas saya bersalin anak kedua, Shakil Aryan Shah pada Mei tahun lalu, sehingga sekarang saya belum bercuti lagi. Saya berpantang di set penggambaran.

“Saya dah cakap dengan suami dan dia pun faham dan reda dengan pekerjaan saya. Kalau ikutkan selepas berkahwin dan memiliki anak, suami letakkan syarat bekerja 10 pagi hingga 10 malam sahaja. Tapi tidak boleh.

“Selagi boleh bekerja, saya kena juga turun ke set penggambaran. Cuma saya sendiri kena bijak untuk bahagikan masa dan gunakan kesempatan yang ada untuk bersama anak-anak,” ujarnya.

Sebagai contoh, jika sesuatu babak itu dilakukan di dalam pusat beli-belah atau taman, Emma akan membawa anak-anaknya ke set penggambaran supaya dapat meluangkan masa ketika bekerja.

Jelas Emma, dia terpaksa menggunakan kaedah begitu kerana tidak mahu melepaskan momen melihat anak-anaknya tumbuh dewasa depan mata, walaupun sibuk dengan pekerjaan.

“Saya tidak mahu disebabkan terlalu sibuk bekerja, sedar-sedar anak dah besar. Jadi saya memang akan bawa mereka ke set penggambaran.

“Alhamdulillah, anak-anak saya tidak banyak ragam, terutama sekali Shakil.

“Rezeki saya dapat anak yang sangat memahami walaupun masih lagi kecil,” ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre.

IKUTKAN perjanjian asal dengan suami, Emma hanya boleh keluar bekerja dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, namun demi komitmen, adakala ‘perintah’ tersebut terpaksa untuk menjaga hati banyak pihak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN