Gadis Pesona Ahad kali ini bukan hanya manis dipandang, malah mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan buat mereka yang turut menghadapi detik gelap depresi di usia muda.
Menghidapi Major Depressive Disorder (MDD) bukanlah kenaÂngan manis yang ingin diulang, namun perjuangan keluar dari mimpi ngeri itu sentiasa diingati demi mencapai cita-cita yang diimpikan Nur Fitri Aini Mazalan sejak kecil, menjadi penyanyi.
Bekas pelajar jurusan Teknologi Maklumat ini tidak pernah berasa kekok dalam bidang nyanyian kerana telah menyertai pelbagai pertandingan sejak usia kecil.
Anak kelima daripada lima adik-beradik itu kini menghaÂrapkan agar dapat mengejar impian menjadi penyanyi di peringkat antarabangsa.
Kepada Kosmo! Ahad, gadis yang lebih mesra dipanggil Aini ini bercerita mengenai kisahnya sebagai seorang penyanyi yang berjaya keluar daripada detik gelap depresi dengan bantuan muzik.
Kosmo! Ahad: Bila timbul minat dalam bidang nyanyian?
Aini: Aini mula minat meÂnyanyi pada usia lima tahun. Oleh kerana minat mendalam terhadap muzik, pada usia 11 tahun saya cekap bermain gitar. Pada usia 12 tahun pula, saya mula belajar bermain piano menerusi YouTube dan sekarang boleh bermain kedua-dua instrumen tersebut menggunakan teÂlinga atau dipanggil play by ear kerana tidak boleh membaca not muzik.
Kerjaya yang ingin dicapai Aini?
Sudah pastinya dalam bidang muzik dan ingin mencapai tahap menjadi penyanyi popular seÂperti Yuna. Saya ingin membawa identiti muzik genre urban dari Malaysia ke peringkat dunia.
Apakah momen paling mencabar yang pernah Aini hadapi?
Momen paling mencabar sepanjang perjalanan hidup Aini adalah ketika menghidapi Âpenyakit MDD pada 2017 hingga 2019. Penyakit ini mengganggu prestasi akademik saya, namun setelah dirawat, saya bangkit semula dan cuba memperbaiki kehidupan.
Depresi mula terjadi apabila kita memilih untuk pendam dan lama-lama ia mula memakan diri. Masalah keluarga dan rasa down dengan kehidupan menjadi titik mula depresi terjadi pada saya. Kerana ingin berubah, saya berjaya pulih dan kini fokus sepenuhnya mengejar cita-cita.

Rahsia di sebalik menjaga kulit wajah untuk kekal segar serta suara yang merdu?
Tidur yang cukup, bersenam dan kesihatan mental yang baik.
Saya percaya keÂsihatan fizikal dan mental mempeÂngaÂruhi hormon tubuh dan menghasilkan kulit wajah yang cantik.
Untuk suara yang merdu, saya hindari makanan terlalu pedas dan minuman sejuk.
Kisah apa yang orang tidak tahu berkenaan Aini?
Aini pernah jadi pembantu dalam persembahan Drama Band sewaktu AJL 34. Sejak itu karier nyanyian saya berkembang dan dapat berkenalan dengan ramai pemuzik, selain diberi peluang untuk bekerjasama dan hasilkan single duet pertama bersama Banni Basyishar berjudul ÂPeluang Bersama Mu.
Pada ÂSeptember 2021, saya menandatangani kontrak rakaman bersama Sony Music Malaysia.
Kejayaan Aini dalam bidang nyanyian, siapa yang menjadi mentor atau idola?
Buat masa sekarang, audiens saya dalam industri muzik masih kecil. Saya telah keluarkan tiga buah single dan merancang untuk mengeluarkan lebih baÂnyak lagu pada masa hadapan. Single terkini yang ditulis dan dirakam sendiri berjudul Not Your Fault telah meraih hampir 80,000 streams di Spotify.
Idola saya adalah Ariana Grande kerana kehebatan vokal yang dimilikinya.
Ciri-ciri lelaki dijadikan teman hidup?
Ciri-ciri teman hidup aini adalah lelaki yang bercita-cita tinggi seperti saya juga. Saya suka lelaki yang ada cita-cita supaya bila sibuk mengejar impian, dia pun boleh fokus kejar impiannya supaya kami boleh berjaya bersama-sama.
















