fbpx
Kreativiti dalam menyusun atur kediaman begitu mempesonakan.

K2

Dinding, perabot warna cerah beri ilusi luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RUANG terhad bukan penghalang bagi pemilik rumah untuk mewujudkan suasana selesa dan nyaman di kediaman mereka.

Ilusi ruang lebih luas dapat diterjemahkan menerusi susun atur perabot yang ringkas dengan pemilihan warna cerah.

Itulah prinsip yang dipegang Nur Baiti Mohd Jainudin dan suaminya, Ashraf Azrul Ahmad Kamel untuk kediaman mereka di Apartment

Rumah Selangorku di Setia Alam, Selangor.

Menurut Nur Baiti, konsep Japandi (Jepun dan Skandivania) dipilih kerana ia bersesuaian dengan kediaman berkeluasan 750 kaki persegi (69.6 meter persegi) itu.

“Saya memilih konsep Japandi kerana ia merupakan konsep minimalis yang sesuai bagi rumah berkeluasan kecil.

“Setiap ruangan lebih luas apabila cat dinding rona natural digabungkan dengan perabot berunsurkan kayu,” katanya kepada K2.

Kediaman dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air tersebut tidak memiliki dinding pembahagi di antara ruang makan, dapur dan ruang tamu.

Namun, dengan sedikit kreativiti, pembahagian ruang itu dapat dilihat menerusi susun atur perabot yang strategik.

Penggunaan karpet Turki di ruang makan dan ruang tamu memberikan garis jelas terhadap perbezaan dua ruang tersebut.

Pemilihan corak perabot yang polos, bewarna lembut dan senada juga menyerlahkan lagi kekemasan kediaman itu.

Pemasangan cermin dinding di antara ruang makan dan ruang tamu pula memberikan ilusi keluasan pada keseluruhan ruang.

Ruang bilik tidur juga diterapkan dengan warna cerah keseluruhannya.

Tambah kakitangan kerajaan tersebut, menghiasi ruang terhad memiliki cabaran tersendiri terutama ketika membeli perabot.

Nasihatnya, pastikan terdapat lebihan ruang setelah perabot diletakkan di sesuatu sudut agar ia tidak kelihatan terlalu sesak.

“Saya beli satu sofa dengan tiga tempat duduk sahaja berbanding sofa berbentuk L agar ruangan menonton televisyen tidak terlalu sempit.

“Untuk meja makan pula, saya memilih meja dengan bentuk ringkas dan memiliki empat tempat duduk sahaja,” katanya.

Di antara bahagian dapur dan ruang makan, meja bar dengan kerusi pelbagai ketinggian digunakan sebagai pemisah.

Oleh kerana keadaan dapur agak kecil, dapur basah dan dapur kering dipisahkan kepada dua ruang berbeza.

Bahagian dapur basah dibuat di kawasan luar rumah (kawasan dobi) sekali gus jauh daripada pandangan orang di ruang tamu.

Ujar ibu kepada dua orang anak perempuan itu, idea hiasan dalamannya diinspirasikan daripada internet sebelum diolah mengikut cita rasa sendiri.

“Pada awalnya, saya banyak mengambil idea daripada Pinterest, tetapi lama-kelamaan idea itu datang sendiri.

“Bagi saya, walau apa pun konsep dipilih, mestilah bersesuaian dengan keluasan rumah dan gaya hidup seisi keluarga,” jelasnya.

Kongsinya lagi, kos pengubahsuaian yang memakan masa enam bulan itu menelan belanja sebanyak RM30,000, tidak termasuk perabot.

Kos tersebut tertumpu pada lantai SPC, kabinet dapur luar dan dalam, pemasangan cornice di siling, pemasangan pintu sliding serta pendawaian.

Sementara kebanyakan perabot rumah berkenaan dibeli di gedung perabot Ikea, SSF serta platform atas talian, Shopee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN