fbpx

MCMC tak jumpa video tular temu bual ‘Hot Daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) gagal mengesan rakaman video platform audio siar atau podcast yang memaparkan sesi temu bual dengan seorang lelaki yang terbabit aktiviti persundalan seperti yang tular di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC ada menerima aduan mengenai video itu malah, laporan turut dibuat.

Beliau berkata, dapatan awal mendapati video didakwa itu tidak dikesan sama ada ia tidak dimuat naik atau telah diturunkan oleh platform atau tuan milik video itu.

“Saya telah minta pejabat saya meneliti dan memang tidak menemui video dalam akaun media sosial yang dimaksudkan itu.

“Saya ingatkan kepada semua pemilik podcast bahawa kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan kawal selia terhadap kandungan yang disediakan.

“Jadi saya minta ‘podcaster’ supaya mengenakan kawalan kendiri dan berpada-pada kerana kita ada undang-undang serta adab dan budaya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, semua pihak berhak untuk bersuara kerana ia termaktub dalam Perlembagaan namun, perlu ada batasnya.

Fahmi berkata, jika ada mana-mana pihak yang merasakan perlu diambil tindakan maka, pihak berkuasa boleh ambil tindakan mengenainya.

“Tapi dalam kes ini, dapatan awal MCMC menunjukkan video itu tidak dapat dikesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI