PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Sarawak iaitu di Matu, Dalat dan Mukah.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia di Facebook. – KOSMO! ONLINE















