fbpx
Farihah (kanan) menyantuni Rohaya di rumahnya di Kampung Baru Bukit Gasing, Marang semalam.

Caruman Perkeso beri manfaat suri rumah hidap diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang suri rumah yang baru kehilangan kaki kiri akibat komplikasi diabetes ­menyifatkan faedah pencen ilat dan pembiayaan pemulihan sehingga RM50,000 yang dite­rimanya sangat bererti demi ­kelangsungan hidupnya.

Rohaya Jalil, 53, merupakan suri rumah Terengganu pertama yang layak menerima faedah keilatan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun ini.

“Tidak sangka saya layak me­nerima faedah pencen ilat RM300 sebulan, selain pembiayaan pemulihan sehingga RM50,000.

“Pampasan dan pembiayaan ini sangat bererti buat saya untuk membiayai rawatan susulan setelah kaki kiri terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes dan masalah saraf pada bulan November tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Rohaya yang berkerusi roda menerima kunjungan Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin.

Sementara itu, Farihah berkata, Rohaya layak menerima pencen ilat hingga usianya 55 tahun.

Katanya, bagi rawatan pemulihan suri rumah kurang berkemampuan atau B40 yang di­terima termasuk pembelian kaki palsu turut dibiayai melibatkan kos keseluruhan RM50,000.

“Saya harap lebih ramai suri rumah mendaftar di bawah SKSSR sebagai perlindungan dengan caruman RM150 setahun.

“Pada tahun lalu, seramai 14,296 suri rumah Terengganu telah didaftarkan di bawah SKSSR sama ada sukarela atau tajaan kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Farihah berkata, Perkeso Terengganu telah menyelesaikan 54 kes tuntutan melibatkan bayaran hampir RM100,000 kepada suri rumah berinsurans pada tahun lalu.

Jelasnya, ia termasuk faedah pengurusan mayat iaitu 28 kes, pencen penakat (24 kes) serta ­notis kematian ilat dan notis bencana domestik masing-masing satu kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN