fbpx
HANNAH (tengah) turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika menyambut kepulangan skuad Harimau Malaya dari aksi Piala Asia kelmarin.

Usah pertikai dana khas FAM – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA apa yang perlu dimalukan disebalik kegagalan Harimau Malaya di pentas Piala Asia memandangkan skuad negara adalah pasukan paling ‘miskin’ berbanding tiga lagi pencabar dalam Kumpulan E, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata walaupun dana yang diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak terlalu besar, beliau sudah dapat saksikan kualiti yang ada pada Harimau Malaya terutamanya sejak dilatih Kim Pan-gon.

“Saya ada baca banyak komen mengenai RM5 juta, sebenarnya bagaimana nak menilai RM5 juta, senang saja kita sudah buat perbandingan, dalam Kumpulan E, Korea Selatan dapat RM376 juta setahun, manakala Malaysia RM38 juta iaitu 10 peratus dana mereka (Korea Selatan).

“Jordan dan Bahrain pula RM84 juta. Untuk pasukan kebangsaan saja, Korea Selatan RM94 juta, Bahrain dan Jordan lebih RM20 juta, manakala Malaysia hanya RM7 juta,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM5 juta dan dana tersebut akan disalurkan dengan kadar segera bagi mengurus pasukan bola sepak negara sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan.

Hannah juga berpendapat tidak timbul soal layanan istimewa hingga membolehkan FAM dapat ‘durian runtuh’ kerana skuad negara memerlukan dana lebih besar bagi membolehkan pasukan mampu bersaing di pentas tertinggi.

Malah, Hannah berpendapat adalah tidak adil untuk peminat terlalu membuat perbandingan dengan era kegemilangan Harimau Malaya sebelum ini kerana realitinya situasi sekarang adalah berbeza berbanding dahulu.

“Zaman sudah berubah, lawan pun sudah berubah, Korea Selatan pun sudah berbeza, jadi berilah pakar lakukan kerja mereka. Ramai orang cakap ‘durian runtuh’ tetapi sebenarnya FAM perlukan lebih banyak dana.

“Kalau kita mahu Harimau Malaya terus berkembang di peringkat antarabangsa, kita kena pastikan mereka ada sumber untuk berlatih dan dapat pendedahan seperti pasukan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN