fbpx
S melibas parang kepada mangsa berkali-kali sebelum menyerangnya. – Instagram

Wanita dilibas parang ketika kutip hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Langkat, wilayah Sumatera Utara mengamuk dan mengacukan parang kepada seorang pengutip hutang selepas isterinya gagal membayar wang ansuran salama seminggu, lapor laman berita Detik semalam.

Video memaparkan tindakan lelaki dikenali sebagai S, 46, itu dirakam dan dimuat naik di laman  sosial.

Ia memaparkan aksinya yang melibas parang berkali-kali kepada seorang wanita yang ketika itu sedang duduk di atas motosikal.

“Pekerja telah diserang ketika mengutip hutang di Pematang Cengal Barat,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Selepas diancam dengan senjata tajam itu, mangsa yang merupakan kakitangan sebuah koperasi meninggalkan motosikalnya dan cuba melarikan diri, namun dia terjatuh ke tanah.

“Suspek kemudian memukul pipi dan dada mangsa sehingga pipinya bengkak,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Langkat, Inspektor Rajendra Kusuma.

Tambah Rajendra, dalam kejadian itu, mangsa pada awalnya pergi ke rumah suspek untuk mengutip hutang isterinya yang sudah seminggu tidak dibayar.

Katanya, pelaku memberitahu bahawa isterinya sudah seminggu tidak pulang ke rumah serta meminta mangsa mencari isterinya di rumah ibu wanita tersebut.

“Disebabkan mangsa masih bertanya mengenai hutang tersebut, S menjadi marah dan mula bertengkar dengan mangsa sebelum dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil parang,” kata Rajendra.

Selepas menerima laporan mangsa, polis menahan suspek, manakala bahan bukti turut dirampas untuk siasatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN