fbpx
Anwar sewaktu mengumumkan rombakan Kabinet di Putrajaya hari ini. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Pengumuman rombakan Kabinet hari ini tanda Anwar tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengumuman rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini adalah sebagai tanda beliau mengotakan janjinya kepada rakyat selepas perkara itu dimaklumkan pada dua minggu lalu.

Terdahulu, Anwar menyatakan beliau setuju rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan dibuat tahun ini.

“Saya setuju (rombakan Kabinet), sebelum tahun depan (bulan ini),” katanya ringkas ketika disoal oleh seorang kanak-kanak, Akmal Afif Yaseer Arafat, 12 selepas selesai solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya pada 1 Disember lalu.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Anwar hari ini adalah yang pertama selepas setahun pentadbirannya bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Perubahan yang dibuat menyaksikan jumlah keseluruhan Menteri dan Timbalan Menteri meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang.

Jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 orang kepada 31 orang, manakala jumlah Timbalan Menteri meningkat daripada 27 orang kepada 29 orang.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan berkenaan masih lagi rendah berbanding jika dibandingkan 70 orang barisan Kabinet pada ketika pentadbiran sebelum ini.

Sementara itu, Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, menjadi satu keperluan utama ahli Jemaah Menteri untuk terus mempamerkan prestasi dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat serta negara.

“Saya maklumkan tidak perlu ada perubahan pada Kabinet di tahun mendatang jika kita berada dalam prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baharu.

“Hatta, agenda kerajaan perlu terus diperkasa melalui penyampaian perkhidmatan secara telus, cekap dan mesra rakyat dari semasa ke semasa.

“Tahniah dan selamat bertugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN