fbpx
MEREKA yang memilih dalam bidang kemahiran berpotensi untuk mendapat kerja yang bersesuaian. – GAMBAR HIASAN

‘Timba pengalaman dulu, jangan terlalu pilih kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Graduan perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi memilih kerja dan malu untuk mencari rezeki dengan tugas yang tidak setimpal dengan kelayakan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, graduan perlu merebut peluang di depan mata untuk menimba pengalaman dan asas sebelum menghadiri temu duga yang setaraf dengan kelulusan.

“Majikan sudah tentu mahu calon yang baik, bersungguh dan rajin kerana sijil atau ijazah saya tidak cukup.

“Pencapaian akademik yang bagus bukan lagi jaminan mendapat kerja kerana realitinya kini ialah pekerjaan memerlukan le­bih daripada itu. Senario sekarang sudah tidak sama dengan 20 tahun lalu,” katanya.

Menurut Mohammad Shatar, majikan melihat kualiti akademik sebagai syarat ketika melakukan saringan tetapi temu duga menentukan seseorang itu diterima atau tidak.

Tambahnya, graduan perlu bersedia ketika menghadiri temu duga dan perlu menunjukkan elemen-elemen tambahan yang boleh menyokong kualiti akademik mereka seperti kemahiran insaniah dan sifat sukarelawan.

“Paling penting adalah kan­dungan media sosial graduan sebagai potensi pekerja yang baik. Ramai lupa media sosial mereka ada yang menonjolkan sifat negatif dan majikan sudah tentu menyemaknya sebelum temu duga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN